By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Kadar inflasi Malaysia bulan Mei turun kepada 2.8%
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Kadar inflasi Malaysia bulan Mei turun kepada 2.8%
Berita Terkini

Kadar inflasi Malaysia bulan Mei turun kepada 2.8%

Last updated: July 12, 2023 3:24 pm
By Azawiya Azali
4 Min Read
Share
SHARE

Kadar inflasi Malaysia pada bulan Mei 2023 terus mereda kepada 2.8 peratus berbanding 3.3% pada bulan April 2023, mencatat penurunan sembilan bulan berturut-turut.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata, kadar inflasi Mei 2023 adalah kadar inflasi terendah dalam setahun, mencerminkan trend harga yang semakin stabil yang berterusan.

“Penurunan inflasi bagi Mei 2023 juga menunjukkan kejatuhan menyeluruh merentas semua kategori perbelanjaan, menandakan penstabilan harga secara menyeluruh.

“Kadar inflasi yang stabil adalah kunci kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan agar ekonomi negara terus berkembang tanpa menyebabkan permintaan yang mendadak sehingga menyebabkan harga barang dan perkhidmatan (yang dilambangkan oleh kadar inflasi) tidak melonjak berterusan sehingga tidak terkawal.

“Penstabilan harga melalui penurunan inflasi yang menyeluruh dan berterusan adalah sebahagian dari strategi menyeluruh Kerajaan menangani kos sara hidup rakyat agar tidak membebankan,” katanya.

Menurut Rafizi, strategi pertama ialah penstabilan harga agar tidak naik mendadak. Selain dari instrumen dasar (melalui gabungan kawalan harga, dasar monetari dan skim-skim insentif berkaitan harga)  dan penguatkuasaan, Kerajaan juga menumpukan usaha untuk memastikan bekalan makanan digandakan untuk tempoh sederhana dan jangka panjang supaya seiring dengan permintaan pasaran.

Katanya, dalam bulan Julai 2023, Kementerian Ekonomi akan mengumumkan projek- projek pertanian dan pemakanan yang melibatkan 1,000 ekar pertama di seluruh negara di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) yang dikendalikan sebagai satu dari program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

“Projek-projek untuk 1,000 ekar pertama ini telah pun mengenal pasti rakan-rakan strategik dari kalangan agensi pertanian kerajaan dan agensi-agensi kerajaan negeri  yang akan mengusahakannya.

“Kementerian Ekonomi juga akan membuka permohonan dari syarikat-syarikat pertanian swasta untuk menjadi rakan strategik di bawah INTAN untuk mengusahakan industri pertanian dan pemakanan di tanah-tanah
Kerajaan yang dikenal pasti di seluruh negara bagi keluasan tanah yang seterusnya. Maklumat lanjut mengenai usaha ini akan diumumkan dalam bulan Julai 2023.

“Usaha berterusan untuk menggandakan kapasiti industri pertanian dan pemakanan yang melibatkan sektor awam, swasta dan orang ramai dari kalangan B40 dan miskin tegar ini dijangka akan memastikan bekalan makanan yang mampan di masa akan datang,” katanya.

Strategi kedua Kerajaan dalam menangani kos sara hidup ialah usaha-usaha untuk memastikan gaji dan pendapatan rakyat naik secara berkala setimpal dengan kenaikan kos sara hidup.

“Fokus Kementerian Ekonomi ialah membangunkan kerangka Dasar Gaji Progresif bersama-sama Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan pertumbuhan gaji yang lebih sekata dan inklusif, seterusnya mendorong
kepada gaji dan pendapatan yang lebih baik kepada semua pekerja terutamanya golongan muda.

“Kertas dasar mengenai Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dalam bulan Ogos 2023 untuk mendapat panduan dari kepimpinan negara.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara mana-mana pentadbiran mengusahakan satu kerangka dasar khusus mengenai pertumbuhan gaji yang sekata dan inklusif kepada semua pekerja. Fokus kepada pertumbuhan gaji juga akan menjadi tema utama perancangan ekonomi negara di bawah Rancangan Malaysia yang akan datang,” katanya.

Menurut beliau, dua strategi bersepadu itu dijangka membantu menangani kos sara hidup rakyat melalui penyelesaian kukuh yang berkekalan.

Anda Pasti Sukakan Ini

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-27

EUR/USD kekal kukuh berhampiran 1.1150, paras tertinggi baru 2023

ULASAN-Kemenangan Trump amat membebankan ringgit Malaysia

Dolar AS Berkemungkinan Mengukuh Menjelang 2025, Kata Nomura

UK’s Truss sticks by economic plan as her party worries

TAGGED:Bank Negara MalaysiaEkonomi MalaysiaRafizi Ramli
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Harga barang meningkat,Zon Eropah catat inflasi setinggi 8.6%

By Fakhrul Razi
4 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

POWELL MENGEKALKAN PENDIRIAN ‘DOVISH’ DENGAN FED AKAN MENGEKALKAN KADAR HAMPIR SIFAR SEHINGGA 2023

By MFM Team
2 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

MATAWANG EURO DAN GBP SEDIKIT MENURUN MANAKALA USD POSITIF SELEPAS DEBAT TRUMP-BIDEN

By MFM Team
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Fundamental

Jenis-jenis Emas & Kenapa Trader Suka Trade GOLD (XAUUSD)

By Azawiya Azali
June 30, 2025
4 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Harga Pengeluar AS Lebih Rendah daripada Ramalan

Harga pengeluar AS naik sedikit sebanyak 0.1% bulan ke bulan pada Mei 2025, berikutan kejatuhan 0.2%…

By MFM News Update
June 12, 2025
News Ticker

Saham New Zealand Meningkat untuk Hari Ke-3 Berturut-turut

Penanda aras indeks S&P/NZX 50 New Zealand meningkat 0.3% untuk ditutup pada 12,649 pada Khamis, melanjutkan…

By MFM News Update
June 12, 2025
News Ticker

Emas Menarik Kembali dari Rekod Tinggi

Harga emas melanjutkan penarikan semula kepada bawah $3,280 setiap auns pada hari Selasa selepas mencapai rekod…

By MFM News Update
April 23, 2025
Berita Terkini

Bitcoin Cecah Paras Tertinggi Sepanjang Zaman – Lebih $120,000! Ini Sebabnya

Bitcoin, mata wang kripto paling popular dunia, baru je pecah rekod bila ia melepasi paras $120,000…

By Ahmad Danial
July 14, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up