By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: IMF semak unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4%
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > IMF semak unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4%
Berita Terkini

IMF semak unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4%

Last updated: April 18, 2024 11:28 pm
By Azawiya Azali
3 Min Read
Share
SHARE

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak semula unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia pada kadar 4.4 peratus tahun ini berbanding jangkaan awal 4.3 peratus.

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.7 peratus pada 2023.

Dalam Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) terbarunya bertajuk “Steady but slow, resilience amid divergence” IMF turut mengekalkan pertumbuhan KDNK 4.4 peratus pada 2025.

Ia mengunjurkan baki akaun semasa Malaysia pada 2.4 peratus pada 2024 dan 2.7 peratus pada 2025.

Bagi pertumbuhan global, IMF menganggarkan ia berada pada 3.2 peratus untuk tahun lepas dan akan berterusan pada kadar yang sama pada 2024 dan 2025.

“Ramalan untuk 2024 disemak semula sebanyak 0.1 mata peratusan daripada kemas kini WEO Januari 2024 dan sebanyak 0.3 mata peratusan daripada WEO Oktober 2023,” katanya.

Kadar pengembangan adalah rendah mengikut piawaian sejarah, disebabkan oleh kedua-dua faktor jangka pendek, seperti kos pinjaman yang masih tinggi dan penarikan sokongan fiskal, dan kesan jangka panjang daripada pandemik Covid-19 dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine; pertumbuhan produktiviti yang lemah, dan peningkatan pemecahan geoekonomi.

Dana itu berkata, risiko terhadap prospek global kini secara amnya seimbang.

Sebaliknya, lonjakan harga baharu yang berpunca daripada ketegangan geopolitik, termasuk daripada perang Ukraine dan konflik Timur Tengah boleh, bersama-sama dengan inflasi teras yang berterusan di mana pasaran buruh masih ketat, meningkatkan jangkaan kadar faedah dan mengurangkan harga aset, katanya.

Pemecahan geo-ekonomi boleh diperhebat dengan halangan yang lebih tinggi kepada aliran barangan, modal dan manusia, membayangkan kelembapan dari segi penawaran, katanya.

Sebaliknya, dasar fiskal lebih longgar daripada yang diperlukan dan unjuran yang diandaikan boleh meningkatkan aktiviti ekonomi dalam jangka pendek sambil mempertaruhkan pelarasan dasar yang tinggi pada kemudian hari.

Inflasi boleh jatuh lebih cepat daripada jangkaan di tengah-tengah peningkatan dalam penyertaan tenaga buruh, membolehkan bank pusat membawa rancangan pelonggaran ke hadapan.

Kecerdasan buatan dan pembaharuan struktur yang lebih kukuh daripada jangkaan boleh merangsang produktiviti, katanya.

Inflasi utama global dijangka jatuh kepada 5.9 peratus pada 2024 dan 4.5 peratus pada 2025 daripada purata tahunan 6.8 peratus pada 2023, dengan ekonomi maju kembali kepada sasaran inflasi berbanding pasaran baru muncul dan ekonomi membangun, menurut IMF. – BERNAMA

Anda Pasti Sukakan Ini

Ekonomi Sepanyol kembali ke tahap pra-pandemi pada suku pertama

RUPEE MERUPAKAN SATU-SATUNYA MATAWANG ASIA UNTUK MENGUKUH DALAM BULAN YANG PENUH PENYUSUTAN

Understanding the Forex Market in Malaysia

KOMEN-Di mana dolar di lock minggu ini

Malaysia kurangkan waktu bekerja mulai 1 September

TAGGED:Ekonomi MalaysiaIMF global EconomyIMF Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

UN accuses richest countries of ‘imprudent gamble’ in inflation fight

By shahrulsohaimi
4 Min Read
Berita TerkiniTeknikal

Analisis Harga USDJPY: Trend menaik sepanjang minggu

By Mohd Fauzi
3 Min Read
Berita Terkini

Ringgit jatuh ke paras terendah 24 tahun

By Fatin Zulaikha
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Saham New Zealand Jatuh Menjelang Keputusan RBNZ

By MFM News Update
July 9, 2025
1 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Import Indonesia Berkembang Tanpa Jangka

Import Indonesia meningkat 4.14% yoy kepada USD 20.31 bilion pada Mei 2025, mengingkari jangkaan pasaran untuk…

By MFM News Update
July 1, 2025
News Ticker

Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada hari Rabu membentangkan draf belanjawan THB 3.78 trilion untuk fiskal…

By MFM News Update
May 29, 2025
Berita Terkini

Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran

Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih dalam pasaran ekuiti Malaysia selepas dua minggu berturut-turut mencatat aliran…

By Azawiya Azali
July 16, 2025
Berita Terkini

LHDN Umum Penangguhan Pelaksanaan e-Invois untuk Usahawan Berpendapatan Bawah RM5 Juta ke Tahun 2026

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengumumkan penangguhan pelaksanaan sistem e-Invois bagi kategori pembayar cukai…

By Ahmad Danial
June 6, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up