By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: IB Forex disamun 3 lelaki menyamar polis
Sign In
Breaking:
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
Eksport China Meningkat Lebih Daripada Jangkaan
Kadar Inflasi Serbia Mencapai Tinggi 5 Bulan
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > IB Forex disamun 3 lelaki menyamar polis
Berita Terkini

IB Forex disamun 3 lelaki menyamar polis

Last updated: May 10, 2024 9:35 am
By Azawiya Azali
1 Min Read
Share
SHARE

Dengan menyamar sebagai anggota polis, tiga lelaki bertindak menyamun seorang ejen pelaburan Forex selepas menggari dan membawa mangsa ke sebuah lokasi lain di daerah ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang, Khamis lalu itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun mengalami kerugian kira-kira RM25,000 melibatkan wang tunai dan telefon bimbit jenis iPhone.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian mangsa sedang minum bersama teman wanitanya di sebuah restoran di sini sebelum didatangi suspek yang memakai pelitup muka dan memperkenalkan diri sebagai polis.

“Mangsa kemudiannya digari manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dibawa ke sebuah rumah. Suspek meminta telefon bimbit, beg duit dan kata laluan akaun bank mangsa.

“Pada pukul 1.30 pagi keesokannya mangsa ditinggalkan di kawasan Perkuburan Cina Bukit Ubi di sini sebelum lelaki itu berjalan kaki ke tempat penginapannya,” katanya hari ini.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami kecederaan dan tiada senjata digunakan dalam kejadian tersebut.

Buat masa ini, polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan rakannya.

“Pihak polis telah melawat lokasi kejadian dan mengesan saksi serta membuat semakan terhadap televisyen litar tertutup di kawasan sekitar bagi membantu siasatan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Anda Pasti Sukakan Ini

Polis tangkap 5 ahli sindiket mata wang kripto

BITCOIN JATUH LAGI MENEMBUSI PARAS 30K

Permintaan maaf atas Ralat Kadar Pertukaran AS$-RM

Harga barang di Brunei naik ekoran peningkatan 3.8% dalam CPI

Analisa Teknikal UsdJpy 15 Dis 2021

TAGGED:forex malaysiaIB FOREXKerjaya IB forex
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
July 15, 2025
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
July 15, 2025
Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke
July 14, 2025
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
July 14, 2025
Skandal Rasuah Minyak 285 Trillion! Riza Chalid DiBuru Indonesia,Dipercayai Melarikan Diri Ke Malaysia
July 14, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Rusia arahkan jualan minyak negara dalam mata wang ruble

By MFM Team
3 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal GbpUsd 17 Mac 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Berita Terkini

Pengarah Syarikat & Pemilik Firma Guaman Ditahan Lebih RM38 Juta atas Dakwaan Forex Cas

By Helia Karina
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

SC Tambah 59 Lagi Scammer dalam Senarai Peringatan – Hati-Hati Jangan Kena Game!

By Azawiya Azali
June 22, 2025
2 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Saham Australia Merosot 0.6% pada Tamat

Saham di Australia turun 0.6% untuk ditutup pada 8,295 pada hari Isnin, memadamkan keuntungan daripada lapan…

By MFM News Update
May 19, 2025
News Ticker

Trump Akan Kenakan Tarif 25% ke atas Import dari Jepun dan Korea Selatan

Presiden AS Donald Trump mengumumkan tarif 25% ke atas barangan import dari Korea Selatan dan Jepun…

By MFM News Update
July 8, 2025
News Ticker

Tarif Trump Akan Berkuatkuasa pada 1 Ogos

Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa tarif ditetapkan untuk berkuat kuasa pada 1 Ogos, bukan 9…

By MFM News Update
July 7, 2025
News Ticker

Kadar Inflasi Malaysia Terendah Dalam Lebih 3 Tahun

Kadar inflasi tahunan Malaysia susut kepada 1.2% pada Mei 2025 daripada 1.4% dalam dua bulan sebelumnya,…

By MFM News Update
June 24, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up