By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Gelombang haba luar biasa melanda negara-negara Eropah & China
Sign In
Breaking:
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
Saham Kanada Mencapai Rekod Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Gelombang haba luar biasa melanda negara-negara Eropah & China
Berita Terkini

Gelombang haba luar biasa melanda negara-negara Eropah & China

Last updated: July 19, 2022 10:35 am
By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Share
SHARE

Kehidupan jutaan penduduk di Britain terjejas disebabkan oleh cuaca panas ekstrem yang menimbulkan pelbagai masalah di Eropah. 

Dengan suhu yang mencatat rekod baru diramalkan pada Selasa (19 Jul) dan amaran cuaca panas ekstrem yang dikeluarkan oleh negara itu buat pertama kalinya, para doktor menggesa orang ramai supaya mengenal pasti tanda-tanda penyakit yang berhubung kait dengan cuaca panas. 

Cuaca panas dan kering yang melanda tanah besar Eropah sepanjang minggu lalu sudah beralih ke utara, sekali gus menjejas perjalanan, penjagaan kesihatan dan sekolah di United Kingdom (UK). 

Cuaca panas turut disaksikan di selatan Eropah sejak minggu lalu, mencetuskan kebakaran belukar di Sepanyol, Portugal dan Perancis. Hampir 600 kematian berkaitan cuaca terlampau panas sudah dilaporkan di Sepanyol dan Portugal, di mana suhu mencecah 47 darjah Selsius minggu lalu. 

Pakar iklim memberi amaran bahawa pemanasan bumi menyebabkan fenomena cuaca ekstrem ini berlaku dengan lebih kerap lagi, dengan kajian menunjukkan bahawa kemungkinan suhu di UK mencecah 40 darjah Selsius kini 10 kali lebih tinggi berbanding waktu sebelum era perindustrian. 

Kemarau dan gelombang haba berkaitan dengan perubahan iklim juga menyebabkan hutan belukar ini sukar untuk dipadamkan. 

Para pegawai di wilayah Gironde, selatan Perancis mengumumkan rancangan untuk memindahkan lagi 3,500 penduduk daripada bandar-bandar yang di bawah ancaman kebakaran. 

Lebih 1,500 anggota bomba dan pesawat menyembur air sedang mereka cuba memadamkan kebakaran di hutan pain wilayah itu yang sangat kering. 

Amaran cuaca merah yang meliputi sebahagian besar England akan berterusan sehingga Selasa (19 Jul) dengan suhu mungkin mencecah 40 darjah Selsius buat pertama kalinya, menyebabkan risiko penyakit serius dan kematian dalam kalangan penduduk yang sihat, menurut Met Office, agensi meteorologi UK. 

Suhu paling tinggi yang pernah dicatatkan di Britain adalah 38.7 darjah Selsius pada 2019. 

Negara tersebut belum bersiap sedia untuk mengatasi cuaca terlampau panas sebegitu – sebilangan besar rumah, sekolah dan perniagaan kecil di Britain tidak mempunyai alat penghawa dingin. 

Dalam pada itu, sebahagian besar China, gelombang haba musim panas dijangka berlaku minggu ini sehingga lewat Ogos, menurut agensi ramalan cuaca negara itu.

Ini meskipun ia akan mengalami hujan musiman yang singkat. 

Suhu antara 39 hingga 42 darjah Selsius dijangkakan di wilayah bahagian selatan negara itu selepas Rabu (20 Jul), termasuk wilayah Jiangxi, Zhejiang dan Fujian, menurut Jabatan Pentadbiran Meterologi China pada Ahad (17 Jul). 

Walaupun adakala cuaca tidak terlalu ekstrem di wilayah seperti Hebei, Hunan, Hubei, Guizhou dan Jiangxi, suhu maksimum di wilayah lain dijangka mencecah paras 37 darjah Selsius. 

Cuaca ekstrem ini dijangka berterusan dari 16 Jul sehingga 24 Ogos bagi seluruh negara tersebut buat “tempoh berlanjutan” sebanyak 40 hari, berbanding 30 hari biasanya, menurut agensi tersebut di laman webnya.

Sumber : Agensi berita

Anda Pasti Sukakan Ini

Krisis kekurangan susu formula bayi di US kritikal & mungkin berlanjutan lebih lama.

5 Langkah Yang Merugikan Dalam Dagangan Matawang Asing

AMARAN KERAS TERBARU PRESIDEN CHINA: APA ERTINYA PADA PELABUR ?

HARGA MINYAK MENTAH GLOBAL MEROSOT MINGGU INI

Perdagangan Malaysia berkembang 39.8% kepada RM252.65 bilion

TAGGED:China Temperature TodayEurope Heat ProblemEurope weather today
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat
May 31, 2025
FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat Tidak Menentu – Pelabur Disaran Waspada Menjelang Minggu Singkat Perdagangan
May 31, 2025
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
May 30, 2025
Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?
May 30, 2025
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
May 30, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's Picks

AIRASIA GROUP MERANCANG PERKHIDMATAN TEKSI UDARA, PENGHANTARAN MENGGUNAKAN DRON

By MFM Team
1 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksFundamental

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-110 SECARA PERCUMA!

By MFM Team
1 Min Read
Berita TerkiniStrategiTeknikal

Analisa Teknikal GbpUsd 09 Ogos 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
0 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi

By MFM News Update
May 29, 2025
1 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
Berita Terkini

Hong Kong kini menjadi bandar dengan kos sara hidup tertinggi di Asia

Hong Kong, dengan populasi 7.5 juta orang, kini menjadi bandar dengan kos sara hidup tertinggi di…

By Fatin Zulaikha
April 10, 2025
News Ticker

Saham AS Melonjak pada Kenyataan Powel

Saham AS menyaksikan hari yang tidak menentu pada hari Jumaat, apabila Wall Street pulih daripada kerugian…

By MFM News Update
March 9, 2025
Berita Terkini

Analisis Kesan Kadar Faedah AS Terkini ke atas Pasaran Forex Global dan Ringgit Malaysia

Pengenalan: Kadar Faedah AS Sebagai Penentu Global Kadar faedah yang ditetapkan oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat…

By Azawiya Azali
May 22, 2025
Berita Terkini

Starmer Laksana Misi Besar Tarik Pelabur Dari Genggaman Trump

LONDON – Perdana Menteri UK, Sir Keir Starmer kini sedang mengorak langkah besar dalam mencuri perhatian…

By Azawiya Azali
April 24, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up