SEPANG — Enam sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang terdiri daripada lima rakyat Malaysia dan seorang warga Brunei selamat tiba di tanah air malam tadi. Mereka dibawa pulang dari Greece dan akan menyambung tugas di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) di Sepang, menurut kenyataan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby.
Individu yang pulang adalah Mohd Asri Tuan Hussein, Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid serta sukarelawan dari Brunei, Rezahmaisalamah Md Yusof. Dua sukarelawan lagi berada di Amman, Jordan, membantu pasukan guaman dalam isu tahanan.

Kementerian Kesihatan (KKM) telah menawarkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan rawatan susulan kepada kesemua enam sukarelawan yang kembali. Mereka akan ditempatkan sementara di SNCC dan akan terus dihubungkan dengan sokongan perubatan dan psikologi jika diperlukan.
Walaupun mereka selamat pulang, misi Sumud Nusantara masih belum selesai. Baki sukarelawan dan aktivis masih menunggu proses pembebasan dan hala tuju kepulangan melalui rundingan antarabangsa. Kerajaan Malaysia terus bekerjasama dengan negara-negara serantau seperti Turki dan Jordan, serta penguatkuasaan diplomatik melalui Parlimen dan Wisma Putra, bagi memastikan semua pihak terlibat selamat kembali.

Dapatkan maklumat terkini mengenai promosi deposit, bonus dagangan, self rebate, dan pelbagai tawaran menarik dari kami. Sertai channel rasmi WhatsApp dan Telegram kami untuk tidak terlepas sebarang peluang menarik