By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Dakwa kerajaan gagal kawal harga dedak,kartel ayam rancang tutup ladang,catu bekalan
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Uncategorized > Dakwa kerajaan gagal kawal harga dedak,kartel ayam rancang tutup ladang,catu bekalan
Uncategorized

Dakwa kerajaan gagal kawal harga dedak,kartel ayam rancang tutup ladang,catu bekalan

Last updated: May 18, 2022 2:50 pm
By MFM Team
4 Min Read
Share
SHARE

Sekumpulan kartel industri ternakan ayam dilaporkan merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen.

Penutupan itu bukan sahaja bakal meningkatkan harga ayam di pasaran, malah pengguna juga perlu berebut untuk mendapatkan bekalan yang dicatu oleh mereka malah turut menjejaskan operasi perniagaan pembekal.

Utusan memetik sumber sebagai berkata tindakan yang didalangi sebuah persatuan dipercayai merancang melaksanakan penutupan ladang ayam selama dua hari tersebut ba­gi memboikot kerajaan.

Malah satu pekeliling yang dikeluarkan semalam oleh sebuah syarikat ladang ternakan di Melaka kepada pembekal memaklumkan bekalan ayam akan dihentikan pada 21 hingga 22 Mei ini atas alasan ‘masalah-masalah ayam di ladang ternakan’.

Menurut sumber tersebut, stra­tegi lama ‘tangan hitam’ itu mencatu ayam di dalam pasaran sebelum ini telah gagal hingga mereka mengambil keputusan menutup ladang-ladang ayam.

“Saya percaya niat mereka adalah untuk boikot kerajaan, pengguna dan pihak lain.

“Alasan mereka lakukan itu juga adalah kerana kos dedak dan anak ayam yang semakin meningkat serta kelewatan bayaran subsidi daripada pihak berkuasa.

“Sebab strategi peladang hari ini catu atau kurangkan ayam kepada pembekal tidak berjaya. Kerajaan tak ambil peduli pun walau banyak pembekal mahupun pengguna mengadu tidak dapat bekalan ayam sepatutnya,” katanya memetik laporan Utusan.

Terdahulu, akhbar itu men­de­dahkan kewuju­dan kartel yang me­ngawal harga pasaran ayam di negara ini didakwa menyebabkan harga ternakan itu tidak menentu di pasaran sejak kebe­lakangan ini.

Malah, hampir keseluruhan rantaian industri penternakan itu dikawal beberapa kartel besar yang menggunakan persatuan sebagai kaedah penyamaran perbuatan mereka.

Sumber menambah, penutupan ladang ternakan ayam itu akan menyebabkan pasaran tidak lagi dapat menampung permintaan pengguna kerana rantaian akan terputus sepenuhnya apabila ia berlaku.

Jelasnya, pembekal terpaksa mengikut kenaikan dari ladang lalu menyebabkan penjual terpaksa jual dengan harga tinggi kepada pengguna walaupun antara tiga komponen itu sudah melebihi harga kawalan.

“Sebelum ini ada kenaikan tapi sejak seminggu dua ini kenaikan mendadak sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) banyak saman kami. Saman itu juga tinggi dan melampau.

“Maksud di sini apa yang peladang nak beritahu sebenarnya adalah kenaikan harga itu dise­babkan kos bela ayam.

“Punca masalah adalah satu dunia, banyak negara mula berhenti eksport gandum dan jagung sedangkan sebelum ini jika dua barangan itu tidak berkualiti ia akan menyebabkan tumbesaran ayam terbantut,” jelasnya.

Tambahnya, ia kini bukan lagi isu atau masalah mengenai harga tetapi lebih kepada bekalan makanan asas masyarakat negara yang bakal terputus lalu menghuru-harakan pasaran industri negara.

“KPDNHEP perlu selesaikan masalah ini sebenarnya tapi mereka hanya mahu jadi ‘juara’ untuk kekalkan harga murah tanpa selesaikan masalah induk kepada penternak. Kerugian demi kerugian penternak harus tanggung.

“Mungkin ini masanya untuk mereka buat sesuatu agar kerajaan tahu akan masalah utama dan mula ambil serius. Jika tidak perang antara peladang dan pihak berkuasa akan terus berlanjutan, korbannya rakyat biasa,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga di Pasar Borong Selayang, turut khuatir akan tindakan yang bakal diambil oleh peladang kerana secara tidak langsung akan menjejaskan operasi perniagaan mereka lalu memaksa mereka untuk meningkatkan harga jualan ayam.

“Kerajaan perlu menghentikan protes peladang-peladang ini, ajak mereka berbincang untuk mendengar apa masalah yang mereka hadapi sehingga mengambil keputusan ini. Jika tidak huru-hara negara hilang sumber makanan asas.

“Malah, jika perkara itu terjadi permintaan di pasaran akan meningkat tetapi tiada bekalan untuk memenuhi permintaan tersebut. Akhirnya, harga melambung tinggi, sekarang ni pun kami sudah sering dimarahi kerana harga ayam mahal jika perkara tersebut benar-benar terjadi bagaimana kita nak hadapi?,” soalnya. – UTUSAN

Anda Pasti Sukakan Ini

Fasa Kerugian Dalam Dagangan

BCC: UK sudah berada di tengah-tengah kemelesetan – Bloomberg

Traders Fair & Gala Night 2020

ASIAN FOREX MAGAZINE 6TH EDITION

IINFLASI DIJANGKA MENINGKAT PADA SUKU KEDUA TAHUN 2021

TAGGED:kartel ayam
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Trump Kutip $50 Bilion Bila Satu Dunia “Ketar Telor” Nak Balas Balik Tarif Perdagangan
July 18, 2025
Kerajaan Gagal Batalkan Saman Berkaitan Isu Penamatan Kontrak KL Tower
July 18, 2025
Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Uncategorized

LAPORAN TERKINI #BOTR2020 22/12/2020 MAJALAH FOREX MALAYSIA

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
2 Min Read
Uncategorized

Bagaimana Mentafsir Isyarat Perbezaan dalam Dagangan Forex

By Helia Karina
4 Min Read
Uncategorized

Tips Kekalkan Revolusi Dalam Dagangan

By Fatin Zulaikha
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

AS Menjangkakan Pemotongan Kadar Fed menjelang September

By MFM News Update
July 2, 2025
1 Min Read

AS Serang Iran: Permulaan Perang Dunia Ke-3?

By Mohd Fauzi
June 22, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Ekuiti di New Zealand Meningkat Lagi

NZX 50 meningkat 64 mata, atau 0.5%, kepada 12,708 pada awal dagangan Rabu, membina keuntungan daripada…

By MFM News Update
May 21, 2025
News Ticker

Saham di Amerika Syarikat Mencapai Ketinggian 11 minggu

US100 meningkat kepada paras tertinggi 11 minggu pada 21337.00 Mata Indeks. Sepanjang 4 minggu yang lalu,…

By MFM News Update
May 16, 2025
News Ticker

Saham Jepun Merosot pada Pengambilan Untung

Nikkei 225 susut 0.7% kepada sekitar 38,600, manakala Indeks Topix yang lebih luas susut 0.6% kepada…

By MFM News Update
June 19, 2025
News Ticker

Inflasi Pengeluar Iceland pada 6 Bulan Terendah

Harga pengeluar Iceland meningkat sebanyak 5.4% tahun ke tahun pada April 2025, perlahan daripada kenaikan 8.3%…

By MFM News Update
May 23, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up