By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: BANK NEGARA SERBU 22 PREMIS i-SERVE ONLINE MALL
Sign In
Breaking:
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
Saham Kanada Mencapai Rekod Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > BANK NEGARA SERBU 22 PREMIS i-SERVE ONLINE MALL
Berita TerkiniEditor's Picks

BANK NEGARA SERBU 22 PREMIS i-SERVE ONLINE MALL

Last updated: November 17, 2021 10:35 pm
By MFM Team
2 Min Read
Share
SHARE

Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa agensi kerajaan membuat serbuan ke atas i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. dan syarikat sekutunya kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan jenayah kewangan.

BNM berkata sebanyak 22 premis yang berkaitan dengan i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat sekutunya di Kuala Lumpur dan Selangor telah diserbu dan dokumen yang berkaitan dirampas bagi membantu siasatan bersama itu.

“Tindakan serbuan tersebut juga telah menyebabkan 45 akaun dalam tujuh bank dibekukan serta wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM118.7 juta dirampas,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat berkenaan terbabit dalam e-dagang dan perkhidmatan berkaitan.

BNM berkata, tindakan penguatkuasaan itu diselaraskan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan BNM sebagai agensi peneraju, bersama-sama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan CyberSecurity Malaysia.

Katanya, i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat sekutunya disyaki melakukan pelbagai kesalahan, termasuk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Orang ramai dinasihati bahawa mana-mana individu yang menerima deposit tanpa lesen dianggap telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 137(1) FSA, manakala siasatan terhadap kesalahan pengubahan wang haram juga akan dibuat mengikut peruntukan di bawah AMLA,” menurut kenyataan itu.

Jika disabit kesalahan, individu tersebut boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram semasa kesalahan tersebut dibuat atau denda RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi, dan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diingatkan supaya hanya menyimpan wang dan/atau melabur dengan pihak yang berlesen atau berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan,” tambah kenyataan itu.

BNM dan SC menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila melabur dengan syarikat-syarikat dalam atau luar negara yang menawarkan pelbagai peluang pelaburan di samping menjanjikan pulangan yang lumayan.

Sekiranya orang ramai mengetahui atau ditawarkan peluang pelaburan seperti ini melalui promosi media sosial, e-mel atau telefon, mereka digalakkan untuk melaporkan perkara ini kepada BNM 03-2691 0824 atau SC di talian 03-6204 8999.

Anda Pasti Sukakan Ini

Kewangan Sucden Berkembang di Eropah dengan Pejabat Hamburg Baharu Fokus pada Kontrak LME

PENGGODAM KRIPTO POLY NETWORK DAPAT TAWARAN KERJA DARIPADA MANGSANYA

Euro Mendapat 0.11% kepada $1.030

Wiki Finance Expo Hong Kong 2025 is Coming on March 27!

Dolar Australia Meningkat kerana Greenback Melemah

TAGGED:Bank Negara Malaysiai serve online mallsenarai scammersuruhanjaya sekuriti
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
May 30, 2025
Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?
May 30, 2025
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
May 30, 2025
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
May 29, 2025
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
May 29, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Ekonomi Jerman dilanda kemelesetan kerana inflasi menjejaskan pengguna

By Azawiya Azali
3 Min Read
Berita Terkini

Apakah Cara dan Strategi Terbaik untuk Melaburkan Wang Anda dalam Sukan?

By Azawiya Azali
4 Min Read
Berita Terkini

Firma kripto berebut untuk mendapatkan rakan kongsi perbankan kerana pemberi pinjaman yang tersedia berkurangan

By Azawiya Azali
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Analisis Kesan Kadar Faedah AS Terkini ke atas Pasaran Forex Global dan Ringgit Malaysia

By Azawiya Azali
May 22, 2025
4 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Minyak Turun apabila OPEC+ Mengesahkan Kenaikan Keluaran

Niaga hadapan minyak mentah WTI jatuh lebih daripada 3% kepada sekitar $56.1 setong pada hari Isnin…

By MFM News Update
May 5, 2025
News Ticker

Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan

Permulaan perumahan Jepun menguncup 26.6% tahun ke tahun pada April 2025, konsensus pasaran yang kurang berprestasi…

By MFM News Update
May 30, 2025
News Ticker

Hasil 10 Tahun Jepun Meningkat disebabkan Optimisme Perdagangan

Hasil bon kerajaan 10 tahun Jepun meningkat melebihi 1.3% pada Khamis, melantun semula daripada penurunan sesi…

By MFM News Update
April 17, 2025
AktivitiBerita Terkini

A Key Event That Brings Together Finance and Trading Minds, Traders Fair Returns to Manila

The Traders Fair is making its way back to the Edsa Shangri-La, Manila on May 24,…

By Azawiya Azali
March 8, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up