By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Bank Negara kekalkan kadar OPR 3 %
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > MENARIK HARI INI! > Bank Negara kekalkan kadar OPR 3 %
MENARIK HARI INI!

Bank Negara kekalkan kadar OPR 3 %

Last updated: March 8, 2024 11:06 am
By Ahmad Danial
2 Min Read
Share
SHARE

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengekalan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata pada paras OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa mengenai inflasi dan prospek pertumbuhan.

“MPC tetap berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” kata BNM.

OPR kali terakhir dinaikkan pada Mei tahun lalu dan kekal pada 3 peratus sejak itu.

BNM menambah bahawa ekonomi global terus berkembang, walaupun sederhana, disokong oleh permintaan dalam negeri di tengah-tengah peningkatan dalam aktiviti perdagangan.

Usaha mengukuhkan ringgit

Ia menyatakan bahawa ekonomi negara berkembang sebanyak 3.7 peratus pada 2023, dan dijangka bertambah baik tahun ini – dipacu oleh pemulihan dalam eksport dan perbelanjaan domestik yang berdaya tahan.

“Pertumbuhan eksport menjadi positif selepas menguncup sejak bulan Mac 2023 dan akan terus disokong oleh perdagangan global yang lebih kukuh.

“Ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus meningkat. Pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan kekal menyokong perbelanjaan isi rumah,” kata BNM, sambil menambah bahawa pelaburan akan disokong oleh projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam.

Menurut bank pusat itu, inflasi keseluruhan dan teras berada pada 1.5 peratus dan 1.8 peratus pada Januari tahun ini, dan dijangka kekal sederhana sepanjang 2024.

“Walau bagaimanapun, prospek inflasi terus sangat bergantung pada pelaksanaan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi dan pasaran kewangan global,” katanya.

Mengenai ringgit, BNM berkata ia, dan kerajaan, sedang mengambil tindakan yang diselaraskan untuk menggalakkan membawa balik dan penukaran pendapatan pelaburan asing oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), bagi menggalakkan aliran masuk yang lebih besar, yang seterusnya mengukuhkan mata wang.

“Pada tempoh jangka sederhana, pembaharuan struktur yang berterusan akan memberikan sokongan yang lebih berpanjangan kepada ringgit,” katanya.- MKINI

Anda Pasti Sukakan Ini

HARGA MINYAK MENTAH GLOBAL MEROSOT MINGGU INI

Analisa Teknikal AudUsd 08 Jun 2022

Inflasi hakis nilai wang anda

Dunia di peringkat kemelesetan ekonomi yang ketara – pakar ekonomi Nancy Lazar

Semakin Ramai Wanita Janda Kian Menyerlah Dalam Dunia Forex: Jadi IB & Trader Berjaya

TAGGED:Kadar OPRKADAR OPR BANK NEGARAKadar OPR Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

$600 DOLLAR BANTUAN SARA HIDUP MULA DISALURKAN DI U.S

By MFM Team
1 Min Read
Editor's PicksMENARIK HARI INI!

REKOD CEMERLANG DI MYFXBOOK MEMBUKA REZEKI PELABURAN

By MFM Team
2 Min Read
Berita Terkini

OPR dijangka naik 50 mata asas lagi September ini.

By Fatin Zulaikha
4 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah

By MFM News Update
July 14, 2025
1 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

FDI China Merosot 10.8% pada S1

Pelaburan langsung asing (FDI) ke China merosot sebanyak 10.8% daripada tahun sebelumnya kepada kira-kira $36.9 bilion…

By MFM News Update
April 18, 2025
News Ticker

GBP/USD: Sterling Menyambung Ayunan— Tuntut Semula $1.33 Selepas Dua Hari Turun

Perkara utama: Dolar melemah apabila retorik tarif Trump menjadi senyap dalam minggu yang tenang tanpa sebarang…

By MFM News Update
April 25, 2025
News Ticker

Import Indonesia Berkembang Tanpa Jangka

Import Indonesia meningkat 4.14% yoy kepada USD 20.31 bilion pada Mei 2025, mengingkari jangkaan pasaran untuk…

By MFM News Update
July 1, 2025
News Ticker

Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat

Hasil emas 10 tahun UK meningkat kepada 4.74%, apabila ketegangan perdagangan global yang berkurangan mengurangkan permintaan…

By MFM News Update
May 29, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up