By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Bahaya Pinjam Along Untuk Trade Forex ; Nasihat Untuk Trader Muda
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Bahaya Pinjam Along Untuk Trade Forex ; Nasihat Untuk Trader Muda
Berita Terkini

Bahaya Pinjam Along Untuk Trade Forex ; Nasihat Untuk Trader Muda

Last updated: January 23, 2025 12:40 pm
By Helia Karina
5 Min Read
Share
SHARE

Dalam dunia trading Forex yang penuh cabaran, memang ada peluang besar untuk jana keuntungan. Tapi, sama seperti pelaburan lain, trade Forex ni pun ada risiko yang tinggi. Ramai yang tergoda dengan impian nak kaya cepat sampai sanggup buat keputusan berbahaya – pinjam duit dari ah long (lintah darat) untuk mula atau teruskan trading. Ini sebenarnya sangat bahaya, dan artikel ni akan jelaskan kenapa korang patut elak pinjam dari ah long serta bagi nasihat penting untuk lindungi diri daripada masalah kewangan.

1.Kadar Bunga Gila-Gila
Pinjam duit dari ah long biasanya datang dengan kadar bunga yang tak masuk akal. Diorang tak ikut undang-undang, jadi bebas letak kadar bunga yang melampau. Kalau korang pinjam duit untuk trade, dan market tak berpihak kat korang, korang akan struggle nak bayar balik. Bila bunga tu naik mencanak-canak, hutang pun boleh jadi lebih besar dari yang korang jangka.

Nasihat:Kalau tak ada modal sendiri untuk trade, lebih baik sabar dulu, tunggu sampai ada kemampuan kewangan yang stabil. Atau cari sumber pinjaman yang sah dan ada kadar bunga yang lebih rendah.

2.Tekanan Mental & Emosi

Pinjam duit dari ah long tak datang tanpa risiko. Biasanya, korang akan berdepan dengan ugutan fizikal dan tekanan mental. Kalau tak mampu bayar hutang tepat masa, ah long akan hantar orang untuk kutip hutang dengan cara yang agresif, kacau hidup korang, dan bagi tekanan emosi. Bayangkan tengah nak fokus buat trade yang penuh risiko, tapi pada masa yang sama kena hadap ugutan.

Nasihat: Jangan tambah tekanan mental dalam trading dengan berhutang dengan ah long. Sebaliknya, fokus belajar lebih banyak tentang trading, faham risiko sebelum letak duit sebenar.

untuk maklumat lanjut sila hubungi admin

3.Risiko Hilang Semua Dalam Forex

Market Forex ni sangat tak boleh dijangka. Tak ada jaminan korang akan untung sentiasa, walaupun korang pro sekalipun. Kalau guna duit pinjaman, terutama dari ah long, korang trading dengan duit yang bukan milik korang. Dalam worst case scenario, korang boleh hilang semua modal yang dipinjam tapi masih terikat dengan hutang yang besar.

Nasihat:Sebelum masuk dunia Forex, pastikan korang guna duit yang korang sanggup rugi. Pinjam dari ah long atau mana-mana sumber yang tak sah hanya akan tambah risiko yang tak perlu dalam trading.

4.Masalah Undang-Undang
Ah long ni biasanya beroperasi secara haram, jadi korang berisiko terlibat dalam masalah undang-undang. Sesetengah negara ada undang-undang ketat tentang pinjaman haram. Kalau kantoi korang terlibat, boleh jadi kena denda atau tindakan undang-undang.

Nasihat :Pastikan apa-apa keputusan kewangan, termasuk pinjam duit, dibuat melalui saluran yang sah dan ikut undang-undang. Jangan sesekali pinjam dari pemberi pinjaman haram.

5.Reputasi & Kredibiliti Tercalar
Untuk trader serius, reputasi dan kredibiliti tu penting, terutama kalau korang nak jadi Introducing Broker (IB) atau pengurus akaun nanti. Berurusan dengan ah long boleh rosakkan reputasi korang secara peribadi dan profesional. Kalau orang tahu korang ada kaitan dengan lintah darat, pandangan orang terhadap kebolehan korang urus duit akan terjejas.

Nasihat:Fokus cari cara yang sah dan etika untuk bina kerjaya dalam dunia trading. Jangan korbankan reputasi hanya sebab nak cepat dapat modal.

Kesimpulan : Elakkan Pinjam Ah Long Untuk Trade Forex
Pinjam dari ah long untuk trade Forex adalah langkah yang sangat berisiko dari segi kewangan, mental, dan undang-undang. Selain bunga yang melampau dan ancaman, tekanan emosi yang dihadapi bila tak dapat bayar hutang tu sangat memudaratkan.

Kalau korang serius nak trade Forex, lebih baik invest masa untuk belajar, develop strategi yang solid, dan mula dengan modal yang korang ada, bukannya guna duit pinjaman haram. Ingat, kunci kejayaan dalam trading Forex ialah sabar, pengurusan risiko yang baik, dan disiplin. Jangan gadaikan masa depan kewangan hanya sebab nak cepat kaya melalui jalan yang berbahaya.

untuk maklumat lanjut sila hubungi admin

Anda Pasti Sukakan Ini

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-73 SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN SECARA PERCUMA!

Analisa Teknikal GbpJpy 14 Sep 2021

SEKILAS BERITA GLOBAL SESI EROPAH 22 FEBRUARI

Analisa Teknikal GbpJpy 24 Ogos 2021

Analisa Teknikal AudUsd 13 Feb 2022

TAGGED:Pinjam Along
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Nord Stream 1: Saluran gas Rusia telah beroperasi semula selepas penyelenggaraan

By Fatin Zulaikha
1 Min Read
Berita Terkini

WTI menyatukan hampir $72.90 selepas serangan Houthi ke atas USS Laboon di Laut Merah

By Azawiya Azali
3 Min Read
Berita Terkini

Malaysia Catat Kadar Kebocoran Data Tertinggi di Asia

By Azawiya Azali
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Saham New Zealand Jatuh Menjelang Keputusan RBNZ

By MFM News Update
July 9, 2025
1 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

FDI China Merosot 10.8% pada S1

Pelaburan langsung asing (FDI) ke China merosot sebanyak 10.8% daripada tahun sebelumnya kepada kira-kira $36.9 bilion…

By MFM News Update
April 18, 2025
News Ticker

Hasil Bon 10 Tahun Perancis Kekal pada 3.2%

Hasil bon kerajaan 10 tahun Perancis berlegar sekitar 3.2% apabila pelabur kekal fokus pada ketegangan geopolitik…

By MFM News Update
June 23, 2025
News Ticker

BTC/USD: Harga Bitcoin Mendatar pada $94,000 kerana OG Crypto Berusaha Mencatat 13% Keuntungan April

Perkara utama: Ia merupakan bulan yang menang untuk token perdana dan permulaan yang menjanjikan bagi suku…

By MFM News Update
April 28, 2025
News Ticker

Saham Kanada Mencapai Rekod Tinggi

Indeks Komposit S&P/TSX ditutup naik 0.75% pada rekod tertinggi baru 26073 pada hari Isnin, dirangsang oleh…

By MFM News Update
May 27, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up