By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Apa Itu Keldai Akaun – Transit Wang Untuk Penjenayah
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > MENARIK HARI INI! > Apa Itu Keldai Akaun – Transit Wang Untuk Penjenayah
MENARIK HARI INI!

Apa Itu Keldai Akaun – Transit Wang Untuk Penjenayah

Last updated: June 4, 2022 12:44 am
By MFM Team
6 Min Read
Share
SHARE

Keldai Akaun ? Istilah “Keldai Dadah” sudah biasa kita dengar. Seseorang yang diminta oleh penjenayah untuk membawa barang (dadah) ke suatu tempat kebiasaannya melintas sempadan negara sama ada melalui jalan darat, laut atau udara (kapal terbang). Upahnya pula agak mengujakan dan mengaburi mata sesiapa yang inginkan wang mudah. Rakan penjenayah akan menunggu di lokasi apabila tiba. Tetapi, jika ditahan pihak berkuasa, penjenayah tidak akan muncul untuk menuntut barang tersebut dan mangsa terkontang-kanting menjelaskan pada pihak berkuasa. Besar kemungkinan mangsa boleh disabitkan kesalahan jenayah tersebut.

Kandungan
Apa Itu Keldai Akaun (Money Mule) ?Kenapa penjenayah gunakan Keldai Akaun?Daripada mana wang tersebut datang?Bagaimana penjenayah dapatkan mangsa Akaun Keldai?Bagaimana mengelakkan diri daripada menjadi Keldai Akaun?Mengesyaki sesuatu? Anda mungkin mangsa?

Apa Itu Keldai Akaun (Money Mule) ?

Keldai Wang

Dalam situasi Keldai Akaun ini, konsep yang hampir sama dengan Keldai Dadah, cuma mangsa tidak ditumpang membawa barang haram, tetapi mangsa atau akaun bank mangsa digunakan untuk menerima dan transit wang haram daripada hasil jenayah, sebelum wang tersebut diserahkan kepada penjenayah.

Ada juga kes di mana mangsa diminta membuat akaun bank dan menyerahkan kad ATM, nombor pin dan juga akses perbankan internet kepada penjenayah dengan upah yang lumayan. Mangsa menganggap tidak apa yang perlu dirisaukan kerana wang yang keluar masuk itu pun bukan miliknya, jadi cukuplah dengan upah yang mahal. Tetapi silap, kerana setiap transaksi wang haram yang berlaku di akaun bank tersebut akan mensabitkan mangsa dengan jenayah kerana akaun bank tersebut atas nama mangsa.

Kenapa penjenayah gunakan Keldai Akaun?

Dengan menggunakan Keldai Akaun, penjenayah boleh menjadikan mangsa sebagai transit untuk memindahkan wang haram. Dengan cara ini, identiti penjenayah disembunyikan daripada mangsa penipuan dan pihak berkuasa.

Jika pihak berkuasa jalankan siasatan, mangsa keldai wang yang akan dipersalahkan dan disiasat. Untuk menjejaki penjenayah juga menjadi sukar kerana mereka tidak menggunakan akaun dengan nama sendiri.

Daripada mana wang tersebut datang?

Wang yang akan ditransit ke akaun keldai akaun boleh berpunca daripada pelbagai sumber antaranya, penipuan atas talian, penipuan belian produk atau servis, penjualan barang atau servis haram, pemindahan atau penggubahan wang haram, pemindahan wang keluar masuk negara, pelbagai penipuan lain.

Antara penipuan terkini yang sedang aktif ialah, mangsa dihubungi oleh penjenayah, berlakon sebagai pihak bank dan polis kononnya mangsa terlibat dalam jenayah dan akaun bank mangsa menerima wang haram. Mangsa diminta memindahkan wang tersebut ke akaun bank tertentu (dikatakan akaun polis, mahkamah, peguam dan sebagainya) untuk siasatan. Selepas siasatan selesai wang akan dipulangkan, tetapi tidak.

Dalam contoh di atas, “akaun bank polis, mahkamah, peguam” itu adalah akaun mangsa keldai wang. Seterusnya keldai wang akan menyerahkan wang tersebut kepada penjenayah atau melalui keldai wang yang lain bagi menyembunyikan lagi jejak penjenayah.

Bagaimana penjenayah dapatkan mangsa Akaun Keldai?

Banyak cara yang digunakan penjenayah. Kebanyakannya akan menawarkan upah atau hadiah yang lumayan kepada mangsa. Mangsa akan tertarik dengan tawaran yang diberikan kerana kerja yang mudah, tetapi upah yang tinggi. Antaranya:

  1. Berkenalan dan berkawan dengan mangsa, dan minta bantuan untuk tumpang memindahkan wang ke akaun tertentu.
  2. Tawaran kerja mudah sebagai ejen atau wakil pemindahan wang, menerima dan memindahkan wang dengan upah yang lumayan.
  3. Tawaran kerja online, dilantik untuk mengurus dan menerima wang, membuat bayaran kepada ‘pekerja’ lain atau kepada syarikat pelanggan.
  4. Hubungi mangsa kononnya berlaku kesilapan pindahan wang ke akaun mangsa dan minta dipindahkan semula ke akaun tertentu atau berjumpa untuk keluarkan tunai. Penjenayah juga mungkin menggunakan identiti pegawai bank atau polis untuk mengarah mangsa membuat pindahan wang.
  5. Membeli produk atau servis daripada mangsa, membuat ‘kesilapan’ dengan membayar dengan jumlah yang besar dan meminta untuk pulangkan baki yang tersilap ke akaun tertentu.
  6. Dan banyak lagi…

Bagaimana mengelakkan diri daripada menjadi Keldai Akaun?

Penjenayah akan sentiasa datang dengan cara baru bagi memerangkap mangsa. Jadi sentiasa peka berita dan maklumat terkini.

  1. Jangan dedahkan maklumat bank dan maklumat peribadi lain.
  2. Jangan menerima tawaran untuk bantu pindahkan wang ke akaun tertentu.
  3. Jangan sesekali menyerahkan kad ATM, nombor pin dan akses perbankan internet anda kepada pihak lain.
  4. Jika ada jumlah tertentu dimasukkan ke akaun bank tanpa anda tahu daripada mana, segera hubungi pihak bank untuk semakan.
  5. Jika ada pihak hubungi anda katakan berlaku kesilapan pindahan wang, dan minta anda lakukan pindahan balik, jangan lakukan. Segera hubungi pihak bank. Walaupun dia mengaku dia daripada bank tersebut, elakkan dan  hubungi nombor bank yang betul atau terus pergi ke cawangan bank tersebut.
  6. Jangan panik jika pihak ‘bank, polis, peguam’ dan lain-lain hubungi anda dan minta lakukan pindahan wang, langkah awal, kata anda ingin tamatkan panggilan dan buat semakan dengan bank atau polis di cawangan, penjenayah biasanya berkeras untuk anda segera lakukan pindahan. Selepas tamatkan panggilan, terus hubungi bank anda melalui nombor yang betul untuk semakan atau terus ke cawangan bank.
  7. Jangan abaikan mesej-mesej penting daripada pihak bank yang dipaparkan ketika menggunakan ATM dan perbankan internet.
  8. Paling penting, jangan mudah terliur dan termakan tawaran-tawaran mewah dan hadiah istimewa daripada individu tertentu hingga menyebabkan anda mengabaikan amaran-amaran yang disebutkan di atas.
  9. Tambahan: Jangan gunakan Wifi ditempat awam untuk transaksi wang atau masukkan login/password ke akaun online.

Mengesyaki sesuatu? Anda mungkin mangsa?

  1. Segera ke cawangan bank untuk disemak. Biar tindakan dilakukan oleh pihak bank sendiri.
  2. Jika berlaku kecurian/kehilangan barang peribadi seperti dompet dan telefon bimbit, jangan abaikan. Segera tutup akses penting seperti kat kredit/debit.
  3. Jika individu tertentu menghubungi anda untuk melakukan pindahan wang yang tidak diketahui, laporkan kepada pihak bank dan pihak polis.

Anda Pasti Sukakan Ini

ANALISA TEKNIKAL CADJPY 23 NOV 2021

ANALISA TEKNIKAL EURJPY 11 NOV 2021

Analisa Teknikal EurJpy 31 May 2022

ANALISA TEKNIKAL NZDUSD 18 NOV 2021

Perbandingan Forex Tradisional dengan Matawang Digital

TAGGED:CCID SCAM RESPOMSE CENTERKeldai AkaunSEMAK MULE
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

HARGA EMAS KEMBALI NAIK DAN KAITAN DENGAN PROGRAM VAKSINASI COVID-19

By MFM Team
2 Min Read
Editor's PicksMENARIK HARI INI!

HARGA MINYAK MENTAH GLOBAL DIJANGKA MENGHAMPIRI KE PARAS $50.00 PER BARREL

By MFM Team
2 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal GbpUsd 21 Sep 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Hasil Bon 10 Tahun Perancis Kekal pada 3.2%

By MFM News Update
June 23, 2025
1 Min Read

AS Serang Iran: Permulaan Perang Dunia Ke-3?

By Mohd Fauzi
June 22, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April

Defisit bajet Rusia melebar kepada 3.2 trilion rubel (USD 39.6 bilion), atau 1.5% daripada KDNK, dalam…

By MFM News Update
May 8, 2025
News Ticker

Hasil Bon 10 Tahun Perancis Kekal pada 3.2%

Hasil bon kerajaan 10 tahun Perancis berlegar sekitar 3.2% apabila pelabur kekal fokus pada ketegangan geopolitik…

By MFM News Update
June 23, 2025
News Ticker

Saham Hong Kong Meningkat untuk Sesi Ke-4

Saham Hong Kong meningkat 205 mata atau 0.9% kepada 24,385 pada dagangan awal pada hari Rabu,…

By MFM News Update
June 25, 2025
News Ticker

Kadar Inflasi Romania pada 4.85% pada bulan April

Kadar inflasi tahunan Romania secara relatifnya kekal stabil pada 4.85% pada April 2025, berbanding 4.86% pada…

By MFM News Update
May 13, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up