By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Amaran amber analisa risiko permulaan kemelesetan ekonomi di Malaysia
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Amaran amber analisa risiko permulaan kemelesetan ekonomi di Malaysia
Berita Terkini

Amaran amber analisa risiko permulaan kemelesetan ekonomi di Malaysia

Last updated: August 7, 2022 9:04 am
By Fatin Zulaikha
6 Min Read
Share
SHARE

Rakyat Malaysia perlu bersedia dengan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi berdasarkan kepada fenomena kewangan yang menyebabkan pasaran saham dunia, termasuk bursa saham di negara ini yang mencatatkan penurunan ketara sejak kebelakangan ini, didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap risiko itu.

Dalam ekonomi, kemelesetan ialah penguncupan kitaran perniagaan apabila terdapat penurunan aktiviti ekonomi secara umum.Kemelesetan biasanya berlaku apabila terdapat penurunan perbelanjaan yang meluas (kejutan permintaan yang merugikan).

Ini mungkin dipicu oleh berbagai peristiwa, seperti krisis kewangan,kejutan perdagangan luar, kejutan bekalan yang merugikan, ledakan gelembung ekonomi, atau bencana alam atau antropogenik berskala besar (misalnya pandemik).

Di Amerika Syarikat, ini didefinisikan sebagai “penurunan yang signifikan dalam kegiatan ekonomi yang tersebar di seluruh pasar, berlangsung lebih dari beberapa bulan, biasanya terlihat pada KDNK nyata, pendapatan nyata, pekerjaan, pengeluaran industri, dan penjualan borong-runcit”

 Malaysia sangat terdedah dengan sebarang risiko yang berlaku terutama di AS, tambahan pula pasaran saham tempatan sangat berkait rapat dengan pasaran luar.

Contohnya seperti di negara jiran,kejatuhan nilai mata wang Indonesia dikatakan lebih baik berbanding mata wang negara lain termasuk Malaysia.

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani berkata, nilai tukaran rupiah sekarang adalah 4.55 peratus sejak awal tahun hingga 28 Julai lalu.

Sebagai contoh, jelasnya dipetik CNN Indonesia, Malaysia jatuh 6.46 peratus dalam tempoh sama manakala Thailand negatif 9.24 peratus dan India negatif enam peratus.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 19 Julai lalu berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak pernah melaporkan Malaysia berdepan masalah ekonomi yang boleh menyebabkan negara muflis.

Bahkan, jelasnya, kadar hutang Malaysia kepada KDNK berada pada paras 63 peratus iaitu lebih rendah jika dibandingkan negara lain iaitu Jepun sebanyak 263 peratus dan Singapura (133 peratus).

Di media sosial juga kini mulai ramai golongan peniaga mengeluh mengenai kelembapan ekonomi dan penurunan bisnes
Namun, penganalisis mengingatkan bahawa Malaysia tidak dapat lari daripada terkena tempias risiko kemelesetan global dan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka berlaku tahun depan.

Kerajaan perlu berhati-hati dengan kesan inflasi di peringkat global kepada Malaysia serentak dengan ancaman kemelesetan dunia menjelang tahun 2023.

Sekarang pun, peningkatan indeks makanan saban bulan menjadi penyumbang utama kenaikan inflasi. Komponen makanan di rumah dan makanan di luar rumah masing-masing melambung 6.1 peratus dan 6.6 peratus pada Jun lalu sekali gus mendorong kepada kenaikan inflasi makanan.

Dalam laporan terkini mengenai keselamatan makanan, Bank Dunia berkata, inflasi harga makanan domestik adalah tinggi di hampir semua negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Walaupun begitu, kadar inflasi di Malaysia iaitu 3.4 peratus pada Jun lalu adalah lebih rendah berbanding Thailand (7.7 peratus), Filipina (6.1 peratus), Korea (6.0 peratus) dan Indonesia (4.4 peratus).

Jangan terlalu awal menarik nafas lega kerana kebergantungan berterusan negara terhadap makanan import adalah amat membimbangkan menjelang kemelesetan global ini.

Pada tahun 2020, negara mengimport RM55.5 bilion produk makanan berbanding eksport sebanyak RM33.8 bilion. Tahun lalu, import makanan melonjak lagi sebanyak RM63 bilion.

Kerajaan sendiri mengakui nilai import makanan Malaysia dijangka lebih tinggi tahun ini melepasi paras tertinggi yang pernah direkodkan tahun lalu.

Mana tidaknya, import makanan yang direkod negara pada suku pertama tahun ini sahaja sudah mencecah RM17.8 bilion.

Kebergantungan negara terhadap import bukan sahaja pada sayur-sayuran beriklim sederhana seperti gandum, bawang dan ubi kentang, bahkan Malaysia yang beriklim Khatulistiwa juga sangat bergantung kepada import bagi kelapa dan mangga.

Dalam masa sama, Malaysia juga masih perlu mengimport komoditi makanan seperti makanan ternakan, baja selain daging lembu dan kambing.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan tahun lalu, lebih daripada 70 peratus daging kambing yang diimport berasal dari Australia sementara mangga, kelapa dan daging lembu masing-masing diimport dari Thailand, Indonesia dan India.

Oleh sebab itu, rakyat di negara ini dibimbangi akan terpaksa berbelanja lebih banyak untuk mendapatkan makanan memandangkan harga bahan itu di negara asal yang sudah sedia melonjak diburukkan lagi dengan kadar tukaran ringgit yang lemah.

Paras Keyakinan Perniagaan Malaysia Kini 3.5% juga Sedikit Menurun Bagi Suku Kedua 2022

Petunjuk keyakinan peniaga bagi aliran perniagaan Malaysia pada suku kedua 2022 kelak dlihat masih positif, di paras 3.5%. Akan tetapi tahap keyakinan ini sedikit menurun, berbanding paras 7.6% pada suku yang sama tahun lalu.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini secara jelas menunjukkan peniaga kekal berhati-hati dalam menjangkakan prestasi mereka pada bulan-bulan mendatang.

Paras ini akan membantu peniaga, mengenalpasti faktor persediaan yang wajar diberi tumpuan.

Petunjuk keyakinan adalah rujukan jangka pendek yang merumuskan pandangan keseluruhan persekitaran perniagaan dalam pelbagai sektor di Malaysia. Ia merangkumi purata jumlah imbangan bersih bagi pembolehubah terpilih.

Untuk makluman semua sektor kecuali Pembinaan – menjangkakan aliran perniagaan menjadi lebih baik pada suku kedua kelak. Berdasarkan sasaran itu, sektor Perdagangan Borong dan Runcit menjadi segmen yang paling positif akan peningkatan prestasi perniagaan dengan keyakinan 15.5%.

Manakala keyakinan sektor Pembinaan pula menurun 23.2%, ini didorong hasil peningkatkan kos komponen yang menghimpit para pembekal.

Sementara berdasarkan jangkaan pengambilan pekerja pula – 19.3% peniaga memaklumkan akan meningkatkan tenaga kerja, manakala 8.5% peniaga pula merancang mengurangkan pekerja pada suku kedua kelak.

Anda Pasti Sukakan Ini

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

MILITAN SULU RANCANG SERANG SABAH FEBUARI 2022

S&P 500 telah meningkat berkat ledakan AI, tetapi sebahagian daripada indeks mungkin menandakan kemelesetan. Inilah yang dikatakan oleh 7 pakar.

Skandal PERTAMINA: Krisis Kepimpinan dan Integriti dalam Industri Minyak Indonesia

Analisa Teknikal EurUsd 07 Feb 2022

TAGGED:Ekonomi MalaysiaEkonomi melesetKemerosotan ekonomi Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Declassified investigation report finds Zahid changed LCS design against Royal Malaysian Navy’s wishes

By Fatin Zulaikha
7 Min Read
News Ticker

USD/CHF tinjauan teknikal menunjukkan kepada negatif

By MFM News Update
1 Min Read
News Ticker

Emas Meningkat akibat Pergolakan Timur Tengah

By MFM News Update
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara

By Azawiya Azali
July 16, 2025
3 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Saham Jepun Jatuh apabila Rundingan Perdagangan AS-Jepun Terhenti

Indeks Nikkei 225 jatuh 0.4% kepada di bawah 39,700 manakala Indeks Topix yang lebih luas turun…

By MFM News Update
July 10, 2025
Berita Terkini

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!

Berita baik untuk warganegara Malaysia! Mulai 17 Julai, kita semua boleh masuk ke China tanpa visa…

By Fatin Zulaikha
July 16, 2025
News Ticker

ETH/USD: Ethereum Meningkat 25% kepada $2,300 kerana Pedagang Kripto Mengharapkan Tawaran AS-China

Perkara utama: Syiling kedua terbesar merosot berhampiran paras terendah tiga tahun tetapi semua permintaan terpendam itu…

By MFM News Update
May 9, 2025
Berita Terkini

Pinjam Duit Bank Adakah Hukumnya Haram?

Zaman sekarang, ramai antara kita – terutamanya anak muda – dah mula celik kewangan. Tapi bila…

By Fatin Zulaikha
June 24, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up