Malaysia mencatat pelaburan bernilai RM190.3 bilion dalam sektor teknologi tinggi (high-tech) pada separuh pertama tahun 2025, menurut Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pelaburan ini meliputi bidang seperti kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui, dan teknologi hijau. Usaha kerajaan seperti Pelan Induk Industri Baharu (NIMP 2030), Polisi Pelaburan Baru & Kerangka Insentif turut memperkukuh daya saing negara supaya dapat menarik pelabur antarabangsa.
Di samping itu, data terkini dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menunjukkan pelaburan digital melonjak 125% kepada RM29.49 bilion pada suku kedua 2025, dibandingkan dengan RM13.11 bilion pada suku sebelumnya. Kenaikan ini dipacu oleh keyakinan pelabur global, perkembangan ekosistem digital dan kesiapan infrastruktur seperti rangkaian 5G.

Manfaat dari lonjakan pelaburan ini bukan sahaja dari aspek kewangan, tetapi juga memberi impak kepada penciptaan pekerjaan – terutama dalam bidang teknologi maklumat, pembangunan perisian, dan pusat data (data centres). Program insentif seperti Digital Investment Office (DIO) dan kerjasama antara MDEC dan MIDA memudahkan proses pelaburan dan menyediakan sokongan kepada vendor tempatan, sekali gus memperkuat ekosistem digital domestik.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kebimbangan tentang cabaran-cabalannya: kesesakan tenaga elektrik bagi pusat data yang semakin banyak, keperluan tinggi sumber manusia mahir (skill IT), serta risiko ketidakstabilan global yang boleh mengganggu aliran pelaburan. Jika infrastruktur sokongan dan dasar pembinaan kapasiti (capacity building) tidak diperkukuh, pelaburan besar ini mungkin tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada sektor luar bandar atau kepada mereka yang kurang akses.

Dapatkan maklumat terkini mengenai promosi deposit, bonus dagangan, self rebate, dan pelbagai tawaran menarik dari kami. Sertai channel rasmi WhatsApp dan Telegram kami untuk tidak terlepas sebarang peluang menarik