By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Beli barang import online bernilai bawah RM500 kena cukai mulai 2023
Sign In
Breaking:
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
Kadar Inflasi India Jatuh kepada 2019-Terendah
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Beli barang import online bernilai bawah RM500 kena cukai mulai 2023
Berita Terkini

Beli barang import online bernilai bawah RM500 kena cukai mulai 2023

Last updated: August 5, 2022 1:53 pm
By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Share
SHARE

Pelaksanaan cukai jualan ke atas barangan import bernilai rendah (LVG) yang dibeli menerusi dalam talian akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023.

Presiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM), Chow Chee Yen, berkata sebelum ini jika pengguna membeli barangan berharga RM500 ke bawah secara dalam talian dengan peniaga luar negara menerusi platform e-dagang, tiada cukai dikenakan.

Namun, katanya, bermula awal tahun depan, pengguna akan dikenakan cukai jualan dianggarkan sebanyak 10 peratus.

“Tujuan pelaksanaan cukai ini adalah untuk mewujudkan ‘padang yang sama rata’ untuk peniaga tempatan.

“Ini kerana jika anda membeli sama ada dari dalam atau luar negara selepas ini, kedua-duanya akan dikenakan cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Cukai Kebangsaan 2022 di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd Nizom Sairi.

Kementerian Kewangan sebelum ini membentangkan dua rang undang-undang (RUU) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Dua RUU berkenaan ialah RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022.

Bacaan kali pertama RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 itu bertujuan meminda Akta Cukai Jualan 2018 bagi mengenakan cukai jualan ke atas LVG dijual secara dalam talian.

Di bawah RUU itu, Seksyen 11A baharu akan diwujudkan yang akan mentakrifkan LVG sebagai ‘sebarang barangan atau kelas barangan yang ditetapkan di luar Malaysia yang dijual dan dibawa masuk ke Malaysia’.

Sementara itu Mohd Nizom berkata, kerajaan perlu memikirkan kaedah baharu untuk menarik pelabur asing ke dalam negara selain memberi keistimewaan pengecualian cukai.

Ini kerana, katanya, sebanyak 136 negara termasuk Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan kadar cukai minimum 15 peratus ke atas syarikat multinasional (MNC) di negara mereka beroperasi bermula tahun depan.

“Maksudnya, jika Malaysia masih memberi insentif pengecualian cukai kepada MNC ini, negara asal syarikat ini boleh mengenakan cukai 15 peratus kepada mereka yang mana sudah tentu merugikan kita.

“Maka, kita perlu fikirkan insentif dan cara lebih baik untuk menarik masuk pelabur asing selain hanya bergantung kepada pengecualian cukai,” katanya.

Anda Pasti Sukakan Ini

UK CPI Preview: Forecasts from five major banks, a November peak

Firma kripto berebut untuk mendapatkan rakan kongsi perbankan kerana pemberi pinjaman yang tersedia berkurangan

Kripto Winter boleh berlarutan sehingga 2 tahun

Analisa Teknikal NzdUsd 14 Dis 2021

Analisa Teknikal EurUsd 18 Jan 2022

TAGGED:beli online kena cukaicukai baruCukai LVG
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
Pelabur Asing Jual Semula RM516.6 Juta Saham Tempatan, Trader Saham Beralih ke Forex Semasa Ketidaktentuan Pasaran
July 16, 2025
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
July 16, 2025
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Kenapa Trade Forex Tapi Masih Miskin?

By Fatin Zulaikha
5 Min Read
Berita Terkini

S&P 500 telah meningkat berkat ledakan AI, tetapi sebahagian daripada indeks mungkin menandakan kemelesetan. Inilah yang dikatakan oleh 7 pakar.

By Ahmad Danial
5 Min Read
Berita Terkini

Hong Kong kini menjadi bandar dengan kos sara hidup tertinggi di Asia

By Fatin Zulaikha
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

BNM umum OPR turun kepada 2.75 peratus

By Ahmad Danial
July 10, 2025
3 Min Read

Kisah Lagenda Scammer Malaysia,Pak Man Telo

By Azawiya Azali
June 18, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Eksport Jepun Jatuh buat Kali Pertama dalam 8 Bulan

Eksport Jepun turun 1.7% yoy kepada paras terendah empat bulan pada JPY 8,134.99 bilion pada Mei…

By MFM News Update
June 18, 2025
Berita Terkini

Lima Individu, Termasuk Dua Beradik Bergelar Datuk, Mengaku Tidak Bersalah atas Pertuduhan Skim Ponzi XFOX

SHAH ALAM, — Lima individu, termasuk sepasang adik-beradik perempuan salah seorang bergelar Datuk, dihadapkan ke Mahkamah…

By Azawiya Azali
July 3, 2025
News Ticker

Rupee India Melemah Lagi

Rupee India melemah kepada 86 setiap USD pada bulan Mei, menyusut 1.5% setakat bulan ini walaupun…

By MFM News Update
May 22, 2025
News Ticker

Saham Australia Mendatar Selepas Keputusan RBA

S&P/ASX 200 didagangkan tidak berubah sekitar 8,591 pada hari Selasa, berikutan kerugian dari awal sesi, apabila…

By MFM News Update
July 8, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up