By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Larangan eksport ayam Malaysia tamat 31 Ogos
Sign In
Breaking:
Saham Itali Memanjangkan Keuntungan
Hasil Bon Jerman 10 Tahun Tertinggi Sejak April
Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod
Kadar Inflasi Oman Terendah Dalam 7 Bulan
Dolar Australia Meningkat Lebih Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Larangan eksport ayam Malaysia tamat 31 Ogos
Berita Terkini

Larangan eksport ayam Malaysia tamat 31 Ogos

Last updated: August 4, 2022 2:29 pm
By Fakhrul Razi
3 Min Read
Share
SHARE

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia Ronald Kiandee berkata larangan eksport ayam negara itu dijangka tamat pada 31 Ogos.

“Campur tangan itu adalah sementara dan dijadualkan tamat pada 31 Ogos buat masa ini,” kata Dr Kiandee di parlimen pada Khamis (4 Ogos).

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan susulan Anggota Parlimen (AP) Kluang Wong Shu Qi semasa sesi soalan menteri.

Menyifatkan keputusan untuk melarang eksport itu sebagai satu langkah yang salah, Wong berkata larangan tersebut menyebabkan Singapura mempelbagaikan sumber makanannya dan membeli ayam dari negara-negara jiran lain.

“Kita kehilangan satu pasaran. Jadi tidak kira sama ada kita membuka semula atau membenarkan kembali eksport, kita sudah kehilangan satu pelanggan,” kata Wong.

Dalam responsnya, Dr Kiandee menekankan larangan itu bersifat sementara dan langkah-langkah perlindungan serupa seumpama itu juga diambil negara-negara lain, yang berdepan dengan kekurangan bekalan makanan.

“Apabila keadaan menjadi stabil di merata negara – bukan sahaja lebihan bekalan di beberapa lokasi tetapi di seluruh negara – tentu sekali kerajaan akan memutuskan untuk membenarkan eksport,” jelasnya.

Pada 1 Ogos lalu, menteri tersebut memaklumkan para Ahli Parlimen bahawa Malaysia kini mempunyai lebihan bekalan dan boleh mengeksport ayam ke negara-negara lain.

“Buat masa ini, kita mampu menghasilkan 106 peratus daripada keperluan kita bagi ayam. Ini bermakna kita mempunyai kemampuan untuk mengeksport ayam dari negara kita,” kata beliau ketika itu.

Kerajaan Malaysia sebelum ini melarang eksport sehingga 3.6 juta ayam sejak 1 Jun dalam usahanya menangani isu bekalan dan harga bagi ayam di negara itu.

Larangan itu dikuatkuasakan berikutan aduan kekurangan bekalan dan kenaikan harga ayam, dengan sebilangan pedagang menjual ayam mereka melebihi harga siling bagi membiayai kos.

Dalam menangani masalah harga ayam yang meningkat, kerajaan menetapkan harga siling baru RM9.40 bagi setiap kilogram ayam standard bermula 1 Julai.

Para pemain industri ayam di Malaysia menggesa kerajaan supaya menarik balik larangan eksport ayam atau mereka akan mengalami kerugian dek kehilangan pasaran Singapura.

Sebagai respons kepada larangan eksport itu, Singapura mengumumkan ia akan membeli ayam dari negara-negara lain termasuk Indonesia dan Thailand.

Bermula 14 Jun lalu, Malaysia menarik balik separa larangan itu dan membenarkan pengimport ayam di Singapura untuk menyambung semula kegiatan membawa masuk ayam kampung serta ayam hitam hidup.-AGENSI

Anda Pasti Sukakan Ini

PEMENANG BOTT 2019 MINGGU KE-3 SAUDARA FIRDAUS ALI

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-74 SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN!

Analisa Teknikal GbpAud 08 Dis 2021

Bank Dunia beri peringatan,cukai negara semakin merosot

Putin Menandatangani Larangan Pembayaran Menggunakan Kripto di Rusia

TAGGED:Eksport ayam MalaysiaLarangan eksport ayam tamatMalaysia chicken export
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Saham Itali Memanjangkan Keuntungan
July 18, 2025
Trump Kutip $50 Bilion Bila Satu Dunia “Ketar Telor” Nak Balas Balik Tarif Perdagangan
July 18, 2025
Kerajaan Gagal Batalkan Saman Berkaitan Isu Penamatan Kontrak KL Tower
July 18, 2025
Perjalanan Bebas Visa Malaysia-China Bermula 17 Julai!
July 16, 2025
PM Perancis Cadang Mansuhkan Cuti Umum Untuk Kurangkan Hutang Negara
July 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Dividen ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen

By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Berita Terkini

Russia halts U.S. nuclear inspections;Joe Biden ratifies Finland and Sweden’s NATO membership

By shahrulsohaimi
2 Min Read
Berita Terkini

Berdagang Dengan Eksekusi Pantas Tanpa Penolakan Dan Sebut Harga Semula!

By Azawiya Azali
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Kadar Inflasi Jun Mesir Jatuh Lebih Daripada Jangkaan

By MFM News Update
July 9, 2025
1 Min Read

AS Serang Iran: Permulaan Perang Dunia Ke-3?

By Mohd Fauzi
June 22, 2025
Berita Terkini

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai 2025!

By Ahmad Danial
June 22, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Saham Aussie Berundur daripada Penamat Rekod

S&P/ASX 200 turun hampir 1% kepada sekitar 8,545 pada hari Rabu, berundur daripada paras penamat rekod…

By MFM News Update
July 16, 2025
News Ticker

Harga Pengeluar Portugal Jatuh Paling Banyak Sejak 2023

Harga pengeluar di Portugal jatuh sebanyak 2.7% tahun ke tahun pada April 2025, menandakan penurunan paling…

By MFM News Update
May 20, 2025
News Ticker

Rizab Asing Jepun Mencapai Tinggi Hampir 3 Tahun

Rizab asing Jepun meningkat sebanyak $25.74 bilion kepada $1.3 trilion pada April 2025, mencecah paras tertinggi…

By MFM News Update
May 9, 2025
News Ticker

Saham di Amerika Syarikat Mencapai Ketinggian 11 minggu

US100 meningkat kepada paras tertinggi 11 minggu pada 21337.00 Mata Indeks. Sepanjang 4 minggu yang lalu,…

By MFM News Update
May 16, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up