By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: OPR naik dua kali lagi jika inflasi terus meningkat
Sign In
Breaking:
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
Saham New Zealand Ditutup Rendah
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > OPR naik dua kali lagi jika inflasi terus meningkat
Berita Terkini

OPR naik dua kali lagi jika inflasi terus meningkat

Last updated: July 25, 2022 6:23 pm
By Fakhrul Razi
4 Min Read
Share
SHARE

Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras rujukan kadar faedah pinjaman di negara ini berkemungkinan besar dinaikkan dua kali lagi tahun ini jika inflasi terus meningkat, kata penganalisis.

Ahli Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto, berkata walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan pelarasan menaik sejak Mei lalu dengan kenaikan 50 mata asas setakat ini, kenaikan kadar selanjutnya adalah lebih jelas sekarang.

Beliau berkata, peningkatan berterusan dalam inflasi makanan dan bahan api, ditambah pula dengan peningkatan relatif inflasi teras, berkemungkinan mendapat perhatian yang lebih daripada pihak berkuasa.

“Walaupun kami kekal unjuran hanya satu lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas tahun ini (pada mesyuarat September akan datang), mungkin terdapat lebih banyak dorongan untuk satu lagi kenaikan 25 mata asas (pada Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir pada November).

“Ia sekiranya ada lonjakan dalam harga, terutama bacaan teras, dalam beberapa bulan akan datang,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Inflasi utama Malaysia meningkat kepada 3.4 peratus pada Jun 2022, lebih tinggi berbanding 3.3 peratus yang diunjurkan OCBC Bank dan 3.2 peratus yang diunjurkan pasaran.

Peningkatan kadar inflasi domestik itu dipacu kenaikan harga makanan, dengan sub-indeks mencatatkan lonjakan sebanyak 6.1 peratus.

Dalam tempoh itu, Wiranto berkata, lonjakan harga ayam menunjukkan dorongan utama.

Sementara itu, beliau berkata, kesan kenaikan harga komoditi global boleh dilihat dengan jelas menerusi peningkatan inflasi harga bahan api apabila RON97, yang tidak bersubsidi melonjak ketara sebanyak 80 peratus dari tahun ke tahun kepada RM4.77 seliter berbanding RM2.67 seliter pada Jun tahun lalu, sekali gus meningkatkan inflasi keseluruhan.

Tambahan lagi, beliau berkata terdapat beberapa tanda selanjutnya bahawa kenaikan harga kini dirasai melangkaui kategori makanan dan bahan api.

“Inflasi teras meningkat 3.0 peratus pada Jun berbanding 2.4 peratus sebelumnya, menjadikan ia catatan tertinggi sejak Mac 2016. Pada akhir 2021, inflasi teras berada pada hanya 1.1 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Sementara itu, MIDF Research menjangkakan inflasi makanan domestik meningkat pada kadar sederhana pada separuh kedua 2022 berikutan pengurangan sokongan subsidi makanan pada beberapa barangan dan penurunan sedikit harga komoditi global, terutama harga berkaitan pertanian.

Tambahan pula, ia berkata, inflasi makanan global seperti yang dilaporkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turun ke paras terendah empat bulan iaitu 23.1 peratus pada Jun 2022.

“Kami percaya jangkaan pelaksanaan semula eksport bijirin melalui pelabuhan Laut Hitam Ukraine boleh mengurangkan tekanan inflasi makanan global dalam jangka masa terdekat. Kami menjangkakan inflasi makanan kepada purata 4.5 peratus untuk 2022,” katanya.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam satu temubual bersama BH baru-baru ini menjelaskan bahawa keputusan bank pusat itu menaikkan OPR bertujuan memastikan kestabilan harga dan kemampanan pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang.

Kenaikan itu perlu dibuat bagi mengelakkan turun naik harga yang keterlaluan dalam ekonomi, katanya.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM membuat pelarasan dengan menaikkan OPR pada mesyuarat 11 Mei dan 6 Julai lalu masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus.

MPC dijadual mengadakan dua lagi mesyuarat bagi menentukan OPR bagi tahun ini iaitu pada September dan November depan.-BH

Anda Pasti Sukakan Ini

Kos projek keretapi laju Indonesia meningkat,Jakarta mungkin mohon pinjaman baru dari bank-bank di China

Colombian President Accuses US of “Ruining” World Economies

Analisa Teknikal NzdUsd 04 Jan 2021

Euro pada 2021-Tertinggi

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-88 MUAT TURUN SECARA PERCUMA

TAGGED:Ekonomi MalaysiaKadar OPR BNMKadar OPR MalaysiaOPR Bank Negara Terkini
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Davao to Host Davao Trader Fair 2025: A Premier Financial Event for Aspiring and Professional Traders
June 3, 2025
Manila Traders Fair 2025 Wraps Up with a Day of Learning and Connection
June 3, 2025
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
June 3, 2025
Perlaksanaan E-Invois,Subsidi Bersasar Lebih Untungkan Pendatang Asing
June 3, 2025
SPRM Bekukan Aset RM750 Juta Milik Isteri & Keluarga Tun Daim di London
June 3, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

AMarkets: 16 Tahun Kecemerlangan, 16 Hadiah Apple

By MFM Team
2 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

PASARAN, SEMINGGU SEBELUM MENJELANG TAHUN 2021

By MFM Team
2 Min Read
Berita Terkini

Kiamat Iklim 2050:Laporan Perubahan Iklim PBB,beri amaran.

By Fatin Zulaikha
5 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Saham Chengdu Aircraft Melonjak Selepas Jet India Ditembak Jatuh oleh Pakistan

By Azawiya Azali
May 7, 2025
3 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Uganda Pegang Kadar Dasar Utama untuk Mesyuarat Ke-3

Bank of Uganda meninggalkan kadar faedah penanda arasnya stabil pada 9.75% pada 13 Mei 2025, menandakan…

By MFM News Update
May 13, 2025
News Ticker

Ekuiti di New Zealand Meningkat Lagi

NZX 50 meningkat 64 mata, atau 0.5%, kepada 12,708 pada awal dagangan Rabu, membina keuntungan daripada…

By MFM News Update
May 21, 2025
Berita Terkini

Krisis Keyakinan Terhadap Kepimpinan Prabowo Menjadikan Ekonomi Indonesia Berantakan

Indonesia sedang menghadapi situasi ekonomi yang membimbangkan dengan peningkatan hutang negara yang terus melonjak, disertai dengan…

By Ahmad Danial
March 28, 2025
Berita Terkini

Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?

Sejak 1 Mei lalu, kerajaan dah wajibkan penggunaan tong gas LPG komersial 14kg – yang kita…

By Azawiya Azali
May 30, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up