By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Pelabur asing masih meneruskan larian dari Bursa Malaysia
Sign In
Breaking:
Keluaran Perindustrian Tahunan Sepanyol Meningkat 0.6% pada April
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
Saham New Zealand Ditutup Rendah
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Pelabur asing masih meneruskan larian dari Bursa Malaysia
Berita Terkini

Pelabur asing masih meneruskan larian dari Bursa Malaysia

Last updated: July 18, 2022 3:41 pm
By Fakhrul Razi
3 Min Read
Share
SHARE

Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran keluar dana asing minggu lalu, menjadikannya minggu keenam berturut-turut.

Namun begitu, nilai yang dicatatkan dalam minggu dagangan yang singkat berikutan cuti umum gantian sambutan Aidiladha (pada Isnin) berkurangan kepada RM28 juta berbanding aliran keluar bersih RM120.55 juta pada minggu sebelumnya.

Dalam Laporan Aliran Dana mingguannya hari ini, MIDF Research yang adalah sebahagian daripada MIDF Amanah Investment Bank berkata pelabur asing adalah pembeli bersih pada Selasa dan Khamis, masing-masing mencatatkan RM21.9 juta dan RM49.6 juta, mengimbangi aliran keluar sebanyak RM81.9 juta pada hari Rabu dan RM17. 6 juta pada Jumaat lalu.

“Institusi tempatan kembali menjadi penjual bersih dengan merekodkan RM25.1 juta selepas belian bersih untuk dua minggu. Mereka adalah penjual bersih iaitu sebanyak RM60.4 juta pada Selasa dan RM48.5 juta pada Khamis sementara belian bersih dicatatkan pada hari Rabu dan Jumaat masing-masing pada RM47.9 juta dan RM36 juta.

“Peruncit tempatan mengekalkan pembelian bersih mereka untuk minggu keenam berjumlah RM53.1 juta. Mereka membeli RM72.5 juta bersih pada hari Selasa dan Rabu sebelum menjual sebanyak RM19.5 juta untuk dua hari berikutnya,” katanya.

Sementara itu, MIDF Research berkata sehingga kini, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 17 daripada 28 minggu bagi tahun 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih RM5.94 bilion manakala institusi tempatan adalah penjual bersih selama 21 daripada 28 minggu, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM7.84 juta.

Peruncit tempatan pula menjadi pembeli bersih bagi 19 daripada 28 minggu tahun 2022.

Bagi tahun 2022, setakat ini mereka telah menjadi pembeli bersih dengan merekodkan sebanyak RM1.9 bilion.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) dalam semua kelas pelabur. Pelabur runcit menyaksikan penyusutan sebanyak 26.26 peratus manakala pelabur institusi dan asing menyaksikan penurunan dalam ADTV, masing-masing sebanyak 25.51 peratus dan 25.94 peratus.

Berdasarkan sektoral, MIDF Research berkata tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran keluar bersih oleh pelabur asing ialah produk dan perkhidmatan perindustrian (RM51.7 juta), teknologi (RM40.4 juta) dan perladangan (RM22.3 juta).

“Sementara itu, tiga sektor teratas dengan aliran masuk bersih ialah penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan dan produk dan perkhidmatan pengguna masing-masing mencatatkan RM71.7 juta, RM35.5 juta dan RM16.6 juta,” tambahnya.

– Bernama

Anda Pasti Sukakan Ini

Bursa reprimands Silver Ridge, fines four directors RM100,000

Analisa Teknikal GbpJpy 12 April 2022

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-33

Asia Sentinel dedah campurtangan AS dalam pilihanraya 6 negeri di Malaysia

Dewan Rakyat: Hutang negara kini cecah RM1.08 trilion

TAGGED:bursa malaysiaFDI MalaysiaKLSEPelabur asing Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Keluaran Perindustrian Tahunan Sepanyol Meningkat 0.6% pada April
June 4, 2025
Davao to Host Davao Trader Fair 2025: A Premier Financial Event for Aspiring and Professional Traders
June 3, 2025
Manila Traders Fair 2025 Wraps Up with a Day of Learning and Connection
June 3, 2025
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
June 3, 2025
Perlaksanaan E-Invois,Subsidi Bersasar Lebih Untungkan Pendatang Asing
June 3, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

ADUN Kelantan kena scam RM84,529

By MFM Team
2 Min Read
Berita Terkini

Hutang Malaysia Meningkat RM66 Bilion dalam masa 9 Bulan Tahun 2024

By Azawiya Azali
3 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal EurAud 14 Sep 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Saham di Amerika Syarikat Mencapai Ketinggian 11 minggu

By MFM News Update
May 16, 2025
0 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

EUR/USD: Euro Meningkat 4% kepada Ketinggian 3 Tahun $1.14. Ada Apa di Sebalik Mighty Pop?

Perkara utama: Mozek faktor mendorong euro, termasuk menurunkan inflasi dan kebimbangan pertumbuhan ekonomi AS. Perang perdagangan…

By MFM News Update
April 11, 2025
Berita Terkini

Saham Chengdu Aircraft Melonjak Selepas Jet India Ditembak Jatuh oleh Pakistan

Pasaran saham menyaksikan lonjakan mendadak dalam saham Chengdu Aircraft Corporation — pengeluar pesawat pejuang JF-17 Thunder…

By Azawiya Azali
May 7, 2025
Uncategorized

Saham Australia Meningkat pada Peningkatan Komoditi

Indeks S&P/ASX 200 meningkat 0.7% kepada sekitar 7,700 pada hari Isnin, pulih daripada kerugian sesi sebelumnya…

By MFM News Update
April 14, 2025
Berita Terkini

Gangguan Bekalan Elektrik Besar-Besaran Di Sepanyol, Portugal dan Sebahagian Perancis

Pada Isnin, Sepanyol dan Portugal dilanda gangguan bekalan elektrik besar-besaran, menyebabkan jutaan penduduk terputus bekalan kuasa…

By Azawiya Azali
April 29, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up