By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Kadar Faedah Pinjaman dijangka naik lagi mulai 6 Julai
Sign In
Breaking:
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
Saham New Zealand Ditutup Rendah
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > Kadar Faedah Pinjaman dijangka naik lagi mulai 6 Julai
Berita Terkini

Kadar Faedah Pinjaman dijangka naik lagi mulai 6 Julai

Last updated: July 3, 2022 7:49 pm
By shahrulsohaimi
2 Min Read
Share
SHARE

Peminjam dijangka terus berdepan kenaikan kadar faedah yang selanjutnya selepas dua tahun menikmati kadar faedah rendah dalam sejarah berikutan Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan besar menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas lagi separuh kedua tahun ini.

Para penganalisis menjangkakan, kenaikan OPR yang menjadi kadar penanda aras bagi pinjaman tidak dapat dielakkan lagi bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mapan dalam persekitaran harga yang stabil.

Penganalisis menjangkakan BNM akan menaikkan OPR sekurang-kurangnya 25 mata asas pada 6 Julai ini bagi mengekang tekanan meningkat inflasi, membendung pengaliran keluar dana, menyokong ringgit serta memastikan pemulihan ekonomi berterusan.

Pada Mei lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada mesyuaratnya memutuskan untuk menaikkan OPR 25 mata asas kepada 2 peratus berbanding 1.75 peratus sejak Julai 2020.

BNM melaksanakan dasar monetari mengikut kesesuaian ekonomi negara dengan kenaikan OPR pada Mei lalu banyak dikaitkan momentum pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada kadar 5 peratus.

Kadar OPR 1.75 peratus, kadar terendah dalam sejarah itu sudah lagi tidak sesuai memandangkan kadar faedah yang terlalu rendah bagi tempoh lama sedangkan ekonomi mula pulih boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

Kadar faedah rendah tidak menggalakkan tabungan dan ia boleh memberi insentif bagi peniaga untuk mengambil risiko lebih tinggi demi mencari pulangan yang lebih tinggi.Secara umumnya, pihak BNM mentadbir dasar monetari mengikut acuan negara kita sendiri.

Kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) banyak memberi kesan kepada sentimen pasaran kewangan global, terutama pasaran bon dan ekuiti memandangkan kenaikan kadar faedah di ekonomi terbesar dunia itu dikaitkan impak kepada momentum pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.

Kenaikan kadar faedah AS yang sering dilihat sebagai ‘trend setter’ global itu akan memberi gambaran kepada bank pusat lain untuk turut mengamalkan dasar monetari yang sama.BH

Anda Pasti Sukakan Ini

Harga barang di Singapura mungkin akan terus naik sehingga 2023 – Mr Menon

Singapore deny crypto founder Do Kwon in Singapore

Analisa Teknikal AudUsd 05 Julai 2021

Polis Hong Kong berkas peserta Himpunan Memperingati Pembunuhan Beramai-Ramai Tiananmen 1989

ANALISA TEKNIKAL EURAUD 09 NOV 2021

TAGGED:BLR Bank NegaraKadar Faedah PinjamanKadar OPR
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Davao to Host Davao Trader Fair 2025: A Premier Financial Event for Aspiring and Professional Traders
June 3, 2025
Manila Traders Fair 2025 Wraps Up with a Day of Learning and Connection
June 3, 2025
Saham India Turun untuk Hari Ke-3
June 3, 2025
Perlaksanaan E-Invois,Subsidi Bersasar Lebih Untungkan Pendatang Asing
June 3, 2025
SPRM Bekukan Aset RM750 Juta Milik Isteri & Keluarga Tun Daim di London
June 3, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

USD Melemah Membantu Ringgit Makin Mengukuh

By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Berita Terkini

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

By MFM Team
1 Min Read
AktivitiBerita TerkiniEditor's Picks

SLOT WILD CARD BOTT 2019 KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN!.

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
3 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Forex Global dan Roundup Pendapatan Tetap

By MFM News Update
May 16, 2025
9 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

GBP/USD: Sterling Menyambung Ayunan— Tuntut Semula $1.33 Selepas Dua Hari Turun

Perkara utama: Dolar melemah apabila retorik tarif Trump menjadi senyap dalam minggu yang tenang tanpa sebarang…

By MFM News Update
April 25, 2025
News Ticker

Kadar Inflasi Romania pada 4.85% pada bulan April

Kadar inflasi tahunan Romania secara relatifnya kekal stabil pada 4.85% pada April 2025, berbanding 4.86% pada…

By MFM News Update
May 13, 2025
Aktiviti

Manila Traders Fair 2025 Wraps Up with a Day of Learning and Connection

The Manila Traders Fair 2025 was held on May 25 at Edsa Shangri-La, Manila, located in…

By Ahmad Danial
June 3, 2025
News Ticker

Presiden/CEO Aprea Therapeutics Gilad Oren Memperolehi 5,500 Saham

Gilad Oren, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Aprea Therapeutics, membeli 5,500 saham saham biasa pada 3…

By MFM News Update
April 4, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up