By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Bank Negara Untung Bersih RM12.8 Bilion Pada Tahun 2021, Beri Dividen RM5 Bilion Kepada Kerajaan
Sign In
Breaking:
Jualan Runcit Ireland melonjak semula pada bulan Jun
Jangkaan Inflasi Kawasan Euro Turun untuk Bulan Ke-2
Pengarah Asana Justin Rosenstein Menjual Lebih 339K Saham
Saham di China Mencapai Ketinggian 41 minggu
Saham India Ditutup Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > MENARIK HARI INI! > Bank Negara Untung Bersih RM12.8 Bilion Pada Tahun 2021, Beri Dividen RM5 Bilion Kepada Kerajaan
MENARIK HARI INI!

Bank Negara Untung Bersih RM12.8 Bilion Pada Tahun 2021, Beri Dividen RM5 Bilion Kepada Kerajaan

Last updated: April 20, 2022 2:54 pm
By MFM Team
3 Min Read
Share
SHARE

Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2021 menunjukkan bahawa entiti berkenaan menjana sebanyak RM12.8 bilion keuntungan bersih pada tahun 2021 dengan pendapatan keseluruhan sebanyak RM14.7 bilion.

Keuntungan bersih yang direkodkan Bank Negara pada tahun lalu 25% lebih tinggi berbanding RM10.2 bilion keuntungan bersih yang dicatatkan pada tahun 2020.

Bagi tahun kewangan 2021, Bank Negara Malaysia akan mengagihkan dividen sebanyak RM5 bilion kepada Kerajaan setelah membayar RM4 bilion dividen bagi tahun 2020.

Serentak dengan laporan Tinjauan Ekonomi & Monetari untuk separuh kedua 2021, Bank Negara telah menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini dari 5.5%-6.5% sebelum ini kepada 5.3%-6.3%.

Ekonomi dijangka berkembang diantara 5.3% hingga 6.3%

Permintaan luar yang tinggi serta pembukaan semula ekonomi negara dijangka menjadi pemacu pertumbuhan untuk tahun ini. Namun demikian, konflik geopolitik serta ketidaktentuan pandemik Covid-19 masih lagi menjadi cabaran utama yang mampu merencatkan pemulihan ekonomi negara.

Purata kenaikan inflasi pula dijangka berlegar diantara 2.2% hingga 3.2% untuk tahun 2022 berbanding 2.5% pada tahun lalu.

Paras hutang isi rumah pada Disember 2021 menurun dari 89.6% berbanding KDNK pada Jun 2021 kepada 89.0%. Sebahagian besar daripada hutang isi rumah rakyat Malaysia melibatkan pinjaman perumahan iaitu sebanyak 58% diikuti pembiayaan peribadi ( 13% ) dan pembiayaan kereta ( 12% ).

58% daripada keseluruhan pinjaman isi rumah melibatkan pinjaman perumahan

Menurut bancian yang dijalankan oleh Bank Negara, 48% responden menyatakan mereka akan mengekalkan perbelanjaan mereka seperti mana perbelanjaan yang dilakukan mereka ketika sebelum pandemik. 25% lagi menyatakan mereka akan berbelanja pada kadar yang lebih tinggi berbanding perbelanjaan sebelum pandemik mereka.

Laporan Bank Negara turut menyentuh isu harga rumah yang semakin meruncing. Menurut data terbaru, harga rumah penengah di Malaysia telah meningkat dari 4.1 kali kepada 4.7 kali pada tahun 2021 berbanding pendapatan penengah isi rumah.

Di Malaysia, hanya rumah di Melaka sahaja yang dianggap mampu milik kerana mempunyai harga rumah penengah dibawah tiga kali ganda pendapatan penengah isi rumah.

Rumah di Malaysia menjadi semakin tidak mampu milik

Peningkatan pendapatan yang perlahan antara faktor yang menyebabkan isu ini semakin tidak dapat ditangani. Dari tahun 2014 hingga 2020, pendapatan isi rumah hanya tumbuh 2.1% secara tahunan tatkala harga rumah meningkat 4.1%.

Selain daripada itu, orang ramai juga tidak mampu memiliki rumah kerana kadar hutang yang telah pun tinggi. Seramai 65% daripada mereka yang berminat untuk membeli rumah telah pun mempunyai pinjaman kenderaan ataupun pembiayaan peribadi sekaligus menyebabkan mereka tidak layak untuk memohon pinjaman perumahan.

Data Bank Negara turut menunjukkan rata-rata isi rumah di Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. 76% isi rumah di Malaysia hanya mempunyai simpanan kecemasan yang hanya mampu menampung kurang daripada tiga bulan perbelanjaan bulanan.

Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2021 boleh diakses [ disini ]

Anda Pasti Sukakan Ini

UNDIAN PARLIMEN UNITED KINGDOM TERHADAP BREXIT : TERKINI.

Aliran Akhir Tahun Menunjukkan Beberapa Jualan Dolar; Euro, Sterling Boleh Meningkat

Hasil 10 Tahun AS Teguh Mendahului Keputusan Fed

Gas asli UK Jatuh kepada Terendah Lebih 6 Bulan

Dolar Boleh Lanjutkan Aliran Turun Vs Yen, Rancangan Carta Harian

TAGGED:Bank Negara Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Analisa Pasaran Menjelang Laporan NFP 1 Ogos 2025: Pasaran Berjaga-jaga di Ambang Ketidaktentuan
July 30, 2025
Jualan Runcit Ireland melonjak semula pada bulan Jun
July 30, 2025
5 kereta terbaik berkelajuan tinggi
July 30, 2025
Hutang Kerajaan Persekutuan Cecah RM1.3 Trilion, Komitmen Terus Kekang Defisit Fiskal
July 30, 2025
Jangkaan Inflasi Kawasan Euro Turun untuk Bulan Ke-2
July 29, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

News Ticker

Peguam Cara Negara menyokong kuasa NFRA untuk mengeluarkan Piawaian audit mengenai pengurusan kualiti

By MFM News Update
3 Min Read
News Ticker

Dolar Australia Meningkat untuk Sesi Ke-3

By MFM News Update
1 Min Read
News Ticker

Dolar Mendapat 0.26% kepada 149.53 Yen

By MFM News Update
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Traders Fair South Africa 2025: Brings Learning, Networking, and Global Sponsors Together

By Azawiya Azali
July 22, 2025
3 Min Read

Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke

By Mohd Fauzi
July 14, 2025
Berita Terkini

Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?

By Azawiya Azali
July 8, 2025
3 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Emas Meningkat akibat Pergolakan Timur Tengah

Emas naik melebihi $3,390 seauns pada hari Selasa, melanjutkan kenaikan apabila ketegangan yang meningkat di Timur…

By MFM News Update
June 17, 2025
Berita Terkini

Dunia Sudah Pun Maju,Mereka Masih Membakar Tanah,Membiarkan Kita Menyedut Asap

Pada 21 Julai 2025, sekali lagi rakyat Malaysia terpaksa menarik nafas dalam udara tercemar — bukan…

By Azawiya Azali
July 21, 2025
News Ticker

Eksport China Meningkat Lebih Daripada Jangkaan

Eksport dari China meningkat sebanyak 5.8% tahun ke tahun pada Jun 2025, sedikit melebihi jangkaan pasaran…

By MFM News Update
July 14, 2025
Uncategorized

Traders Fair Manila 2025: Meet the Leading Global Sponsors Shaping the Future of Trading

Traders Fair Manila 2025, set for May 24 at Edsa Shangri-La, Manila, will bring together top…

By Ahmad Danial
May 11, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up