By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: BANK NEGARA SERBU 22 PREMIS i-SERVE ONLINE MALL
Sign In
Breaking:
Jualan Runcit Ireland melonjak semula pada bulan Jun
Jangkaan Inflasi Kawasan Euro Turun untuk Bulan Ke-2
Pengarah Asana Justin Rosenstein Menjual Lebih 339K Saham
Saham di China Mencapai Ketinggian 41 minggu
Saham India Ditutup Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > BANK NEGARA SERBU 22 PREMIS i-SERVE ONLINE MALL
Berita TerkiniEditor's Picks

BANK NEGARA SERBU 22 PREMIS i-SERVE ONLINE MALL

Last updated: November 17, 2021 10:35 pm
By MFM Team
2 Min Read
Share
SHARE

Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa agensi kerajaan membuat serbuan ke atas i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. dan syarikat sekutunya kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan jenayah kewangan.

BNM berkata sebanyak 22 premis yang berkaitan dengan i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat sekutunya di Kuala Lumpur dan Selangor telah diserbu dan dokumen yang berkaitan dirampas bagi membantu siasatan bersama itu.

“Tindakan serbuan tersebut juga telah menyebabkan 45 akaun dalam tujuh bank dibekukan serta wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM118.7 juta dirampas,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat berkenaan terbabit dalam e-dagang dan perkhidmatan berkaitan.

BNM berkata, tindakan penguatkuasaan itu diselaraskan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan BNM sebagai agensi peneraju, bersama-sama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan CyberSecurity Malaysia.

Katanya, i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat sekutunya disyaki melakukan pelbagai kesalahan, termasuk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Orang ramai dinasihati bahawa mana-mana individu yang menerima deposit tanpa lesen dianggap telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 137(1) FSA, manakala siasatan terhadap kesalahan pengubahan wang haram juga akan dibuat mengikut peruntukan di bawah AMLA,” menurut kenyataan itu.

Jika disabit kesalahan, individu tersebut boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram semasa kesalahan tersebut dibuat atau denda RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi, dan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diingatkan supaya hanya menyimpan wang dan/atau melabur dengan pihak yang berlesen atau berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan,” tambah kenyataan itu.

BNM dan SC menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila melabur dengan syarikat-syarikat dalam atau luar negara yang menawarkan pelbagai peluang pelaburan di samping menjanjikan pulangan yang lumayan.

Sekiranya orang ramai mengetahui atau ditawarkan peluang pelaburan seperti ini melalui promosi media sosial, e-mel atau telefon, mereka digalakkan untuk melaporkan perkara ini kepada BNM 03-2691 0824 atau SC di talian 03-6204 8999.

Anda Pasti Sukakan Ini

Rizab Forex Afrika Selatan Turun daripada Puncak Rekod

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-89 SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN

ASIAN FOREX MAGAZINE 9TH EDITION

Amaran amber analisa risiko permulaan kemelesetan ekonomi di Malaysia

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

TAGGED:Bank Negara Malaysiai serve online mallsenarai scammersuruhanjaya sekuriti
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Analisa Pasaran Menjelang Laporan NFP 1 Ogos 2025: Pasaran Berjaga-jaga di Ambang Ketidaktentuan
July 30, 2025
Jualan Runcit Ireland melonjak semula pada bulan Jun
July 30, 2025
5 kereta terbaik berkelajuan tinggi
July 30, 2025
Hutang Kerajaan Persekutuan Cecah RM1.3 Trilion, Komitmen Terus Kekang Defisit Fiskal
July 30, 2025
Jangkaan Inflasi Kawasan Euro Turun untuk Bulan Ke-2
July 29, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Editor's PicksMENARIK HARI INI!Teknikal

ENGULFING CANDLE MAMPU MENJANA KEUNTUNGAN

By MFM Team
0 Min Read
Editor's PicksFundamental

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-111 SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN

By MFM Team
1 Min Read
Berita Terkini

China: Tinjauan ekonomi kekal membina – JP Morgan

By Fatin Zulaikha
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?

By Azawiya Azali
July 8, 2025
3 Min Read

Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke

By Mohd Fauzi
July 14, 2025
Berita Terkini

Whale Bitcoin Bangun Lepas 14 Tahun – 80,000 BTC Berpindah! Apa Maksudnya?

By Azawiya Azali
July 8, 2025
3 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Rizab Asing Jepun Jatuh Sedikit pada Mei

Rizab asing Jepun turun sedikit sebanyak $110 juta kepada $1.298 trilion pada Mei 2025, kekal menghampiri…

By MFM News Update
June 6, 2025
News Ticker

Hasil Bon 10 Tahun Perancis Kekal pada 3.2%

Hasil bon kerajaan 10 tahun Perancis berlegar sekitar 3.2% apabila pelabur kekal fokus pada ketegangan geopolitik…

By MFM News Update
June 23, 2025
Berita Terkini

Aliff Syukri Beli Private Jet Hasil Jual Jeruk? Trader Acah-Acah Kaya,Tolong Nangis Tepi Bucu Katil Dulu!

Usahawan viral merangkap penyanyi ‘Abang Nak Tegur’, Datuk Aliff Syukri, sekali lagi buat netizen terlopong mulut.…

By Azawiya Azali
July 21, 2025
Berita Terkini

Kalau nak KTMB untung,kita naikkan harga tambang komuter- Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) baru-baru ini mendedahkan bahawa perkhidmatan KTM Komuter tidak pernah mencatat keuntungan sejak…

By Mohd Fauzi
July 14, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up