By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MFM.news
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: PENAMBAHAN MINYAK IRAN KE CHINA MENJEJASKAN USAHA OPEC MENGAWAL BEKALAN
Sign In
Breaking:
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
Perumahan Jepun Mula Jatuh Lebih Daripada Jangkaan
Hasil Gilt 10 Tahun UK Meningkat
Thailand Dedahkan Bajet 2026 Di Tengah-tengah Masalah Ekonomi
Saham Kanada Mencapai Rekod Tinggi
MFM.newsMFM.news
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MFM.news > Blog > Berita Terkini > PENAMBAHAN MINYAK IRAN KE CHINA MENJEJASKAN USAHA OPEC MENGAWAL BEKALAN
Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

PENAMBAHAN MINYAK IRAN KE CHINA MENJEJASKAN USAHA OPEC MENGAWAL BEKALAN

Last updated: March 16, 2021 1:07 pm
By MFM Team
3 Min Read
Share
SHARE

Banjiran minyak mentah dari Iran ke China sejak belakangan ini telah menjejaskan import minyak dari negara lain serta mengancam merumitkan usaha daripada pakatan OPEC+ untuk mengawal bekalan minyak mentah dalam pasaran global.

China, pengimport terbesar minyak mentah di dunia, membeli sekitar 1 juta tong minyak mentah, kondensat dan bahan bakar sehari dari negara yang dikenakan sekatan itu, menurut anggaran daripada penganalisis dan pedagang. Hal tersebut menyebabkan minyak mentah dengan gred pilihan dari negara seperti Norway, Angola dan Brazil tidak terbeli, seterusnya menyebabkan pasaran spot agak senyap daripada kebiasaan.

Kebanyakan kilang penapis dan pedagang di seluruh dunia enggan membeli minyak mentah Iran disebabkan sekatan dari Amerika Syarikat, yang boleh membawa kepada impak negatif seperti tidak dibenarkan mengguna sistem perbankan AS. Namun, pendakian harga minyak yang berterusan naik menyebabkan minyak Iran dengan potongan harga yang tinggi menarik pembeli dari China termasuklah kilang penapisan bebas, yang merangkumi suku daripada kapasiti pemprosesan minyak mentah China.

Walaupun penanda aras minyak mentah Brent berdagang sekitar $70 setong rentetan pertambahan permintaan dan kawalan bekalan daripada OPEC+, penerusan atau peningkatan aliran minyak Iran boleh menjejaskan usaha pakatan tersebut untuk terus memacu harga untuk naik.

Iran adalah ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), namun dikecualikan daripada sekatan pengeluaran. Walaubagaimanapun, kemahuan China terhadap minyak mentahnya yang murah telah mengalihkan permintaan dari negara OPEC yang lain seperti Angola serta pengeluar seperti Norway dan Brazil.

Sebanyak 10 juta tong minyak Angola dijadualkan untuk eksport April masih lagi tidak mempunyai pembeli setakat awal minggu ini, menurut pedagang. Gred minyak dari Nigeria dan Republic Congo juga sukar dijual ekoran kurangnya permintaan.

Tiga kapal supertanker yang membawa minyak dari ladang minyak Johan Sverdrup, Norway telah berada di perairan China sekurang-kurangnya dua minggu tanpa sebarang aktiviti. Hanya 16 juta tong minyak dari Laut Utara telah meninggal Eropah untuk Asia pada bulan Februari, jumlah paling sedikit dalam empat bulan.

Kebanyakan minyak mentah iran ini dibeli oleh pedagang domestik China. Syarikat pemprosesan ini, yang kebanyakannya berpengkalan di Shandong, diketahui umum untuk menapis minyak mentah Iran dan Venezuela kepada bahan api, dan menggunakan bahan api berlumpur dan berkualiti rendah ini sebagai bahan unit mereka.

Penambahan dalam aliran minyak Iran ini berlaku dikala pentadbiran Presiden AS Joe Biden cuba untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear dengan Tehran. Iran mengeksport sekitar 2.5 juta tong minyak sehari sebelum sekatan dilaksanakan buat kali pertama pada 2018.

Anda Pasti Sukakan Ini

UN Votes On Global Court To Rule On Israeli Occupation

OPR dijangka boleh terus kekal pada kadar 2.75% : Rafizi

REBUT PELUANG UNTUK MEMENANGI PERKONGSIAN LEBIH DARIPADA $10,000 HADIAH TERKUMPUL DALAM LIGA DAGANGAN XM!

Inflasi Turki Meningkat 70%

Utamakan beli barangan Buatan Malaysia untuk kukuhkan kembali nilai Ringgit

TAGGED:AmerikaChinaEkonomi
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

7 Sebab Kenapa Broker Forex Mula Tinggalkan Pasaran Malaysia
June 3, 2025
Nissan Pertimbang Jual Ibu Pejabat di Yokohama Demi Kelangsungan Syarikat
May 31, 2025
FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat Tidak Menentu – Pelabur Disaran Waspada Menjelang Minggu Singkat Perdagangan
May 31, 2025
Inflasi Kenya Menurun kepada 3.8% pada bulan Mei
May 30, 2025
Tong Gas Ungu: Ramai Peniaga Kecil Mula Rasa Terbeban?
May 30, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Syarikat Palsu Forex Indonesia Tipu Lebih 400 Mangsa, Kerugian RM105 Juta

By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Berita TerkiniEditor's Picks

POLIS SERBU SEBUAH RUMAH KEDAI BERHUBUNGAN PENIPUAN APLIKASI TRADING BROKER FBS

By MFM Team
3 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksFundamental

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-95 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN!

By MFM Team
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Uganda Pegang Kadar Dasar Utama untuk Mesyuarat Ke-3

By MFM News Update
May 13, 2025
0 Min Read

Bill Gates Pilih Indonesia untuk Ujikaji Vaksin TBC

By Ahmad Danial
May 7, 2025
Berita Terkini

Sarawak,Brunei,Filipina; Medan Petempuran Laut China Selatan

By Fatin Zulaikha
May 6, 2025
4 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Hasil Bon Itali 10Y Mengikuti Peer Eropah Lebih Rendah

Hasil bon kerajaan Itali 10 tahun jatuh ke arah 3.8%, melanjutkan penurunannya daripada paras tertinggi lapan…

By MFM News Update
March 20, 2025
News Ticker

Saham AS Memangkas Kerugian apabila Ketegangan Perdagangan mereda

Saham AS tidak menentu pada jam dagangan akhir, berikutan beberapa perubahan baharu mengenai konflik perdagangan AS-Kanada.…

By MFM News Update
March 12, 2025
Berita Terkini

Bagaimana Menjadi Kaya dengan Trade Forex

Dalam dunia kewangan moden, forex trading (dagangan mata wang asing) telah menjadi salah satu cara yang…

By Fatin Zulaikha
March 21, 2025
News Ticker

Mengapa emas dijual di tengah-tengah kegawatan pasaran?

Perkara utama: Emas secara meluas dianggap sebagai aset selamat, dihargai kerana keupayaannya untuk memegang nilai dan…

By MFM News Update
April 8, 2025
MFM.news

MFM.news adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MFM.news – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up